Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP?

Haris · Jul 23, 2021 08:00 PM

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 01

Toyota Alphard dan Vellfire adalah lambang kemegahan yang popular di negara kita namun model intipan kali ini bakal melihatkan duo tersebut jauh lebih kecil. Memperkenalkan Toyota GranAce, MPV yang mampu memuatkan sehingga 8 penumpang, lebih gergasi daripada Alphard dan Vellfire!

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 02

Pengguna media sosial, Hafisidris, telah memuat naik sebuah Toyota GranAce yang sedang menyusur lebuh raya. Masih tidak diketahui sama ada model ini milik seseorang ataupun model pandu uji.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Populariti Toyota GranAce juga memang sudah dikenali di Malaysia. Pada masa yang sama, model baharu Toyota Hiace (lebih kecil dari GranAce) sudah didapati di Malaysia dalam bentuk van ambulans.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Wapcar, model baharu Toyota Hiace yang dipaparkan ini difahamkan bukan unit rasmi daripada Toyota Malaysia. Van ambulans ini telah dibawa masuk secara grey import dari Australia.

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 01

Bukan itu sahaja, Toyota GranAce juga ada disenaraikan untuk dijual di laman sesawang yang menjual kereta terpakai pada harga serendah RM 430,000.

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 02

Untuk harga tersebut, anda menerima sebuah MPV sehingga 9 penumpang (pilihan sebaris atau 2 baris kerusi jenis Captain Seat), kerusi pelarasan elektronik (untuk kesemua kerusi Captain Seat) lampu LED Bi-Beam, kamera 360 darjah, 2 pintu kuasa gelangsar dan kemasan kulit.

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 03

Menjana Toyota GranAce ini adalah enjin 2.8 liter turbo diesel 1GD-FTV yang mampu menjana sehingga 175 PS kuasa kuda dan 420 Nm tork. Gandingan transmisi untuk enjin ini adalah transmisi automatik 6-kelajuan.

Spyshot: Toyota GranAce ini pandu uji atau milik VIP? 04

Adakah UMW Toyota Malaysia akan membawa model ini ke sini? Melihat kepada pasaran, Toyota Alphard dan Vellfire lebih memenuhi citarasa kayangan tempatan justeru peluang untuk membawa masuk Toyota GranAce adalah tipis. Mahukah anda membayar sehingga RM 400,000 untuk ruang? Kredit: Automachi

Berita Lain:

Toyota GranAce dengan kit badan Amotriz - abang besar Alphard & Vellfire!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru