window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap?

Haris Β· Mar 29, 2023 07:00 AM

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 01

Kredit: Headlight Mag

Toyota Innova Zenix dengan platform dan nama serba baharu telah dijual di Indonesia sejak November 2022. Sungguhpun begitu, MPV crossover 7-tempat duduk itu masih belum tiba di negara jiran di Asia Tenggara.

Berdasarkan imej tangkapan terbaharu, Toyota Innova Zenix nampaknya bakal menyusul ke Thailand sebagai negara ASEAN kedua.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 02

Kredit: Headlight Mag

Portal Headlight Mag mendedahkan bahawa Toyota Innova Zenix dengan samaran itu dilihat di sekitar wilayah utara Thailand. Sumber yang rapat dengan penerbitan automotif Thailand itu berkata, Toyota Innova serba baharu itu mungkin membuat pelancaran Thailand seawal suku kedua 2023.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dibina di atas platform TNGA-C, Innova Zenix adalah model generasi terkini dan paling maju. Sebelum ini berkongsi platform IMV dengan Fortuner dan Hilux, Toyota Innova Zenix kali ini menggugurkan susun atur pacuan roda belakang (RWD) untuk pacuan roda hadapan (FWD).

Platform TNGA-C menggantikan casis ladder frame dengan casis monocoque yang meningkatkan tahap keselesaan Innova, berdasarkan rebiu awal.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 01

Spesifikasi awal Toyota Innova Zenix adalah pilihan enjin petrol atau hibrid, kedua-duanya dalam hamburan kuasa enjin 2.0 liter. Pilihan standard adalah enjin petrol M20A-FKS menghasilkan 174 PS dan 205 Nm dan dipasangkan dengan kotak gear automatik CVT.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 02

Sementara itu, penjana kuasa petrol-hibrid M20A-FXS menggabungkan enjin petrol 2.0 liter (152 PS/187 Nm) dengan motor elektrik (113 PS/206 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi e-CVT automatik - khusus untuk hibrid.

Thailand berkemungkinan akan menawarkan kedua-dua pilihan enjin namun prospek pembeli di negara itu mungkin cukup dengan enjin hibrid jika hanya satu sahaja pilihan yang ada.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 03

Pada varian hibrid yang lebih tinggi, Innova Zenix dilengkapi dengan bumbung suria panorama, skrin infotainment 10-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital dan sepasang skrin sesentuh untuk baris kedua.

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 04

Begitu juga, dengan suite Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 ADAS terkini hanya untuk varian hibrid teratas yang terdiri daripada:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane departure alert (LDA)
  • Lane tracing assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Automatic high beam (AHB)

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 05

Indonesia menawarkan Innova Zenix sehingga 7 varian yang berharga antara IDR 419 juta hingga IDR 611 juta (RM 122k - RM 178k). Pilihan untuk pengguna Thailand masih belum dapat disahkan.

Baca: Bateri Indonesia ke persada global, Toyota Innova Zenix mula dieksport ke 13 buah negara tahun ini!

Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap? 06

Sama seperti model MPV yang lebih kecil, Toyota Veloz, Toyota Innova Zenix spesifikasi Thailand mungkin akan diimport dari Indonesia.

Walau bagaimanapun, Toyota Innova Zenix spesifikasi Malaysia yang akan datang boleh menjadi model pemasangan tempatan (CKD) seperti model sekarang yang boleh didapati dalam dua varian:

  • Innova 2.0 G – RM 133,880
  • Innova 2.0 X – RM 141,880

Baca: Toyota Innova gen-2 di India masih diperbaharui, khas untuk mereka yang tak suka model Zenix

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda