window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50!

Haris Β· Jul 25, 2022 05:00 PM

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 01

Model MPV kompak, Toyota Sienta yang pernah bersaing dengan Perodua Alza di Malaysia masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Selepas hanya dijual selama tiga tahun, akhirnya Sienta mengalah di Malaysia namun jualan diteruskan di negara lain.

Ketika ini, model Toyota Sienta generasi ketiga telah disahkan akan tiba berikutan gambar-gambar intipan di Jepun tertiris menjelang pelancarannya di mana ia dirancang untuk dirasmikan pada bulan Ogos akan datang.

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terkenal dengan rekaan yang 'comel', Toyota Sienta baharu mengenakan wajah yang mirip sebuah robot mesra yang menganga berbanding model generasi lamanya yang berbentuk lebih mirip dengan sebuah roti.

Bahagian belakangnya kekal dengan bentuk sebuku roti dan MPV ini turut mendapat lampu belakang yang dipasang tinggi sehingga melengkung ke bumbung kenderaan.

Baca: Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 01

Tak banyak yang dapat dilihat dari bahagian dalam tetapi ia kelihatan cukup ringkas. Sekurang-kurangnya terdapat satu varian yang menerima skrin sentuh infotainment yang besar di bahagian tengah (dikatakan 10.5 inci lebar). Kereta varian ini juga mengekalkan tombol gear yang dipasang dekat dengan papan pemuka (mirip Perodua Myvi generasi pertama dan kedua) justeru memberi lebih banyak ruang di bahagian bawah konsol tengah.

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 02

Di sebalik apa yang dapat dilihat, Toyota Sienta dilaporkan akan dihasilkan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), dan akan berkongsi rangkaian kuasa dengan Toyota Aqua dan Toyota Yaris pasaran Jepun.

Senarai trenkuasa yang mungkin akan ditawarkan adalah:

  • enjin 3-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi M15A-FKS petrol (120 PS/145 Nm)
  • enjin 1.5 liter hibrid (171 PS/261 Nm).

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 03

Selain daripada ciri keselamatan moden, satu sumber dari medi penerbitan Jepun turut mendakwa bahawa teknologi Toyota Teammate Advanced Park akan ditawarkan untuk Toyota Sienta sebagai pilihan. Ciri ini membolehkan pengguna meletakkan kenderaan secara automatik dan bebas tangan; satu ciri yang sangat menarik untuk dimiliki.

Di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka tetap dengan pendiriannya untuk tidak memperkenalkan semula MPV comel ini. Sebaliknya, kekosongan segmen MPV dengan bentuk Sienta ini akan diisi oleh Toyota Veloz - turut menggantikan Toyota Avanza.

Baca: Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia!

Spyshot: Toyota Sienta generasi baharu makin comel, bakal terima ciri parkir sendiri macam X50! 04

Toyota Sienta pertama dan terakhir di Malaysia

Jika anda menggemari sebuah MPV tanpa giliran menunggu sehingga 10-bulan siap dengan pintu gelangsar, model Toyota Sienta generasi lama masih boleh ditemui di Malaysia. Apa kata layari portal Carsome di pautan ini dan rujuk panduan membeli kereta terpakai kami seperti berikut.

Baca: Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda