window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris!

Faisal Β· Jun 10, 2022 01:00 PM

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 01

Inilah dia tuan-tuan dan puan-puan, pandangan paling dekat buat Toyota Vios 2022 serba baru berkod D92A yang sedang dibangunkan oleh Daihatsu.

Kalau anda nak tahu, projek Toyota Vios generasi baharu dihasilkan oleh kerjasama antara Daihatsu dan Perodua. Dalam struktur kumpulan Toyota Motor terbaru, syarikat dalaman baru buat Toyota-Daihatsu memanggil kerjasama ini sebagai Emerging Market Car Company (EMCC). Mereka (Daihatsu & Perodua) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kereta untuk pasaran yang membangunkan seperti di rantau kita.

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 02

Struktur EMCC. TDEM bermaksud Toyota Daihatsu Engineering and Manufacturing.

Antara produk yang EMCC hasilkan adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 01

Walaupun sedang giat dibangunkan oleh Daihatsu, kemungkinan Perodua untuk mengeluarkan Toyota Vios versi mereka boleh disifatkan sebagai terlalu dasyat.

Juga bacaStaf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Apapun melihat kepada siluet spyshot ini (ehsan AutoLifeThailand), wajah depan buat Toyota Vios serba baru nanti akan ada gaya Camry. Profil tepinya pula nampak ala fastback, hampir sama seperti Honda Civic FE.

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 02

Macam Honda Civic tak?

Memandangkan Toyota begitu komited dalam mengetengahkan teknologi elektrikasi (bateri EV masih mahal, tidak praktikal untuk segmen bajet) dalam rantau ini, trenkuasa hibrid mungkin ditawarkan buat kali pertama.

Apa yang dimaksudkan adalah enjin 1.5L NA 3 silinder dengan 2 motor hibrid (M15A-FXE) dari Toyota Yaris Cross. Secara amnya, enjin berkitaran Atkinson ini adalah versi sama yang diguna pada Toyota GR Yaris tetapi lebih mesra alam dan ia mungkin diperkenalkan kemudian.

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 03

Untuk makluman anda, Toyota Vios baharu dikhabarkan membuat debut di Thailand pada Ogos 2022. Di sana, ia dijangka hadir dengan enjin 1.2L 4 silinder bagi menepati piawaian Eco Car untuk cukai eksais yang lebih rendah.

Pasaran lain pula akan datang dengan enjin 1.5L NA 4 silinder.

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 04

Sekarang ini, Vios berenjin 1.2L di Thailand dijual sebagai Yaris Ativ. Model ini mengenakan wajah yang berbeza dengan Vios di pasaran kita. Varian 1.5L pula betul-betul dijual sebagai Vios.

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 05

Vios di Thailand iaitu Yaris Ativ guna enjin 1.2L.

Kalau anda nak tahu, enjin 1.5L yang menguasai Vios (dan Yaris) dipasang oleh Perodua, iaitu di kilang enjin yang terletak di Sendayan.

Secara teknikal, Vios generasi D92A mungkin guna platform DNGA-B, iaitu asas sama yang diguna pada Perodua Ativa dan Perodua Alza 2022 (dan Toyota Avanza).

Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris! 06

Vios sekarang.

Ciri bantuan keselamatan ADAS seperti Toyota Safety Sense (TSS) juga dijangka hadir pada varian atas.

Buat masa sekarang, Vios generasi XP150 yang ada setelah sekian lama dilengkapkan dengan TSS ‘separuh’ yang mana ia hanya merangkumi ciri blind spot monitor (BSM), lane departure alert (LDA) dan pre-collision system (PCS atau AEB). Walau bagaimanapun, kelengkapan 7 beg udara yang didatangkan standard lebih hebat berbanding Honda City yang hanya menawarkannya pada 2 varian teratas.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda