window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini!

Haris Β· May 5, 2022 07:00 PM

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 01

Toyota Vios, model paling popular untuk jenama T telah dirancang untuk dikemaskini. Model generasi baharu bakal mengenakan perubahan yang jauh berbeza berbanding model 'Vios keli' dilaporkan dalam pembangunan dengan kod nama D92A dan akhirnya dikatakan telah melakukan penampilan pertama atas jalan.

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 02

Portal Headlight Mag pernah melaporkan sebelum ini mengenai Toyota Vios generasi baharu yang dijangka akan dilancarkan di Thailand pada S3 2022 dan berkemungkinan akan dibina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Portal yang sama juga telah melaporkan bahawa model yang diintip ini boleh jadi Toyota Vios serba baharu yang ditunggu-tunggu?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 01

Mungkin, namun di Thailand nama Toyota Vios tidak digunakan sebaliknya ia dipanggil dengan nama Toyota Yaris Ativ/Yaris Sedan. Imej-imej ini telah dihantar oleh pembaca Headlight Mag dan menunjukkan sebuah sedan lengkap dengan samaran hitam seolah-olah seperti sebuah Batmobile bajet.

Baca: Toyota Vios serba baru (D92A) akan dilancar di Thailand pada Q3 2022, guna platform Daihatsu!

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 02

Di sebalik kesemua samaran gelap yang melitupi keseluruhan kereta, terdapat beberapa perincian reka bentuk yang boleh memberi petunjuk kepada model Toyota Vios generasi seterusnya. Bentuk keseluruhannya kelihatan sedikit mirip dengan inspirasi daripada Daihatsu DN F-Sedan Concept yang telah diperkenalkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2017.

Lebih menarik lagi, kod nama D92A itu sendiri ialah format kod nama yang digunakan oleh Perodua tetapi mari kita ketepikan dahulu perdebatan sama ada P2 akan menghasilkan model rebadge terhadap Toyota Vios generasi baharu ini.

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 03

Di hadapan, rekaan gril bersegi empat sama menyerupai model GR Yaris yang memberi klu kalau-kalau Vios generasi seterusnya akan tampil dengan imej sporty. Berdasarkan salah satu imej yang tertiris, Vios generasi seterusnya boleh menampilkan pengesan titik buta, ciri yang ditawarkan pada Vios semasa.

Cuma persoalan terbesar adalah, adakah Toyota akhirnya akan menawarkan pilihan hibrid untuk sedan segmen B negara membangun ini bagi melengkapkan persaingan setara dengan Honda City RS e:HEV?

Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini! 04

Daripada tinjauan kami, sambutan terhadap Daihatsu DN F-Sedan Concept sangat memberangsangkan sehingga membawa trafik tontonan yang tinggi ke laman web Wapcar.my. Sekiranya perincian kereta konsep tersebut dapat diterjemahkan kepada Toyota Vios generasi baharu ini, mungkin kita akan melihat pengaruh Honda terhakis di rantau ini?

Baca: Toyota Vios generasi baharu akan hadir dengan hibrid, seawal tahun 2023?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda