window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran?

Haris · Oct 28, 2021 11:00 AM

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 01

Volkswagen Golf GTi Mk8 sudah lama diintip di atas jalanraya Malaysia sejak tahun lepas lagi. Malah, perancangan awal pelancaran hothatch ini juga yang disasarkan pada suku ke-2 tahun 2021 telah tertunda akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan ekoran daripada angka kes Covid-19 yang meningkat beberapa bulan lalu.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun intipan kali ini sedikit berbeza. Gambar yang dikirim ke meja pengarang Wapcar.my memperlihatkan model Volkswagen Golf GTi ini sedang dipunggah dari trak, berkemungkinan besar sedang dipersiapkan untuk suatu majlis yang mungkin menandakan tarikh pelancaran yang semakin dekat.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 01

Dari pemerhatian kami, model berwarna merah adalah VW Golf GTi manakala model berwarna putih adalah VW Golf Mk8 biasa.

Model VW Golf Mk8 dilihat menggunakan ekor ekzos tiruan sporty di bampar belakang dan rim aloi metalik 17-inci kelabu Valencia Grey.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 02

Sementara itu, VW Golf GTI merah mendedahkan ekor ekzos berkembar seperti yang telah diintip di Putrajaya tahun lepas dan rim aloi 18-inci Richmond. 

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 03

Intipan sebelum ini mengesahkan bahawa model VW Golf GTi akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Volkswagen di Pekan.

Model VW Golf Mk8 biasa juga dijangka akan dipasang di kilang yang sama. Hal ini membuka lembaran baru bagi Volkswagen kerana model ini akan pertama kalinya dipasang tempatan.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 04

Selain daripada bahagian luar dan dalaman yang direka-semula sepenuhnya, VW Golf GTi Mk8 turut tampil dengan beberapa teknologi baru. Sebagai permulaan, ia didatangkan dengan Travel Assist iaitu kombinasi antara adaptive cruise control dan lane keeping assist yang ‘hampir’ mampu memandu sendiri pada kelajuan 210 km/jam.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 05

Dengan susun atur pemanduan sebelah kanan, VW Golf GTI Mk8 ini berkemungkinan besar akan menggunakan transmisi DSG 7 kelajuan dengan pengubah gear secara elektronik (shift-by-wire).

Transmisi canggih tersebut dipadankan dengan enjin 4 silinder 2.0 liter berkuasa Turbo yang mampu menjana sebanyak 245 PS kuasa kuda dengan 370 Nm tork, cukup sesuai dengan reputasi hot hatch ini.

Spyshot: Volkswagen Golf Mk8 2021 dalam persiapan untuk pelancaran? 06

Volkswagen Passenger Cars Malaysia mungkin akan melancarkan 2 model VW Golf ini dalam masa terdekat. Berapakah pula harganya? Adakah anda berminat? Ikuti Wapcar-BM di Facebook untuk maklumat terbaru.

Baca: Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda