window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento?

Haris · Jan 5, 2021 06:00 PM

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia didapati telah menggugurkan Volkswagen Vento secara senyap di Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai penggantinya dapat disahkan.

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 02

Sedan segmen B tersebut merupakan model Volkswagen mampu milik dengan harga serendah RM 84,449 bagi varian paling asas iaitu varian Comfortline.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, pasaran Amerika Selatan sudah pun menerima pengganti VW Vento iaitu Volkswagen Virtus; sebuah model kembar sedan bagi model hatchback VW Polo Mk6. 

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 01

Volkswagen Virtus pasaran Brazil

Walaubagaimanapun, pasaran Amerika Selatan merupakan pasaran pemanduan sebelah kiri (Left hand drive) di mana belum ada pasaran pemanduan sebelah kanan (Right hand drive) yang menerima model Volkswagen Virtus.

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 02

Sumber: Rushlane

Andaian ini telah disangkal dengan sebuah model Volkwagen Virtus yang diintip di India awal minggu lepas oleh Rushlane. India merupakan sebuah pasaran RHD, sama seperti pasaran ASEAN dan beberapa pasaran lain.

Volkswagen Virtus berkongsi platform MQB dengan VW Golf, Tiguan dan Polo Mk6. Perbandingan saiz antara VW Virtus dan VW Vento adalah seperti berikut.

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 03

Perbandingan Saiz
Model VW Virtus VW Vento
Panjang (mm) 4,480 4,384
Lebar (mm) 1,751 1,699
Tinggi (mm) 1,468 1,465
Jarak Roda (mm) 2,650 2,552

Pilihan enjin bagi Volkswagen Virtus adalah 1.0 liter TSI, 1.4 liter TSI atau 1.6 liter MSI mengikut pasaran.  Model Volkswagen Virtus juga dibangunkan berdasarkan platform MQB yang dikongsikan dengan VW Golf, Tiguan dan Polo Mk6.

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 04

Sumber: Rushlane

Kedua-dua model VW Virtus dan VW Polo Mk6 belum disahkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia untuk pasaran Malaysia.

Walaubagaimanapun, adakah Volkswagen mahu mengecewakan peminat jenama VW tanpa menawarkan 2 model mampu milik yang lebih mesra poket di Malaysia?

Spyshot: Volkswagen Virtus diintip di India, bakal ganti VW Vento? 05

Model yang sudah tidak lagi dijual di Malaysia

Model sedan yang kini ditawarkan oleh Volkswagen adalah Volkswagen Passat dan Volkswagen Arteon manakala bagi hatchback pula adalah Volkswagen Golf R-Line, kesemuanya berharga atas RM 150k.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Vento 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda