GAC Triumpchi GS3 mungkin antara samaran yang paling sukar untuk kami cam setiap kali kelibatnya ditemui.
Kali ini, kami terima klip video yang memberi intaian pertama buat interior SUV tersebut.
GAC Triumpchi GS3 mungkin antara samaran yang paling sukar untuk kami cam setiap kali kelibatnya ditemui.
Kali ini, kami terima klip video yang memberi intaian pertama buat interior SUV tersebut.
Walaupun video tersebut agak pendek, ia cukup jelas untuk memberitahu bahawa salah satu dari varian yang pernah ditemui hadir dengan sistem infotainment sesentuh 8 inci.
Perlu dimaklumkan bahawa unit di dalam video tersebut adalah varian yang lebih rendah – antena ‘shark fin’ dan tiada rel bumbung. Untuk varian yang lebih atas, belum dapat dipastikan sama ada ia akan hadir dengan sistem infotainment yang sama ataupun yang bersaiz 10.25 inci.
Secara teknikal, GAC GS3 Power ialah sebuah SUV di segmen B – seperti Honda HR-V, Hyundai Kona, dan Proton X50. Model ini didatangkan dengan dua enjin yang berkapasiti 1.5L. Salah satunya ialah unit 3 silinder (163 PS, 235 Nm tork) dan satu lagi ialah unit 4 silinder (168 PS, 265 Nm tork).
Output yang lebih rendah dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Output yang lebih tinggi pula dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Pada Disember yang lalu, Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) telah menandatangan Memorandum of Understanding (MoU) dengan GAG Motor untuk menilai peluang buat kereta GAC dipasarkan di Malaysia dan Vietnam.
Walaupun MoU tersebut sudah ditandatangan, sukar untuk mengesahkan pelancaran GS3 Power di Malaysia. Untuk maklumat anda, persetujuan edaran masih belum ditandatangani. Malah setakat ini, belum ada sebarang syarikat yang akan mewakili jenama GAC di Malaysia.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Perodua Alza 1.5 X
Upgrade
Add your car