SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD!

Haris · Jun 2, 2021 06:00 PM

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) berada dalam kedudukan terbaik berikutan daripada lanjutan potongan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD (pemasangan tempatan) baru sahaja dilancarkan sebulan sebelum tarikh pengecualian cukai SST tamat, dijadualkan berakhir pada 30 Jun 2021. Namun, insentif ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 membolehkan MBM memenuhi lebih banyak tempahan.

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 02

“Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melanjutkan pengecualian cukai SST hingga hujung tahun ini. Tahun lepas kami mendapat faedah langsung dari insentif cukai yang diperkenalkan kerajaan, membantu industri pulih lebih cepat dan memacu permintaan,” kata Dr. Claus Weidner, Presiden dan CEO MBM, dalam email balas kepada Wapcar.my

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 01

Dipasang di kilang pemasangan MBM di Pekan, Merc-Benz GLE 450 menikmati pengecualian penuh SST.

SUV pesaing, BMW X5 berharga RM 475,501 tanpa SST, murah RM 110k berbanding model sebelum ini (CBU) yang diimport dari Amerika Syarikat, berharga RM 584,720 dengan SST.

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 02

Sebagai perbandingan, BMW X5 xDrive45e M Sport plug-in hibrid (PHEV) dijual pada harga RM 439,443 tanpa SST.

Mercedes-Benz GLE 450 tidak mempunyai trenkuasa hibird tetapi ia menawarkan praktikaliti 7 tempat duduk yang lebih baik berbanding hanya 5 pada BMW X5 45e.

Baca: Mercedes-Benz GLE 450 2021 CKD dilancarkan – dari RM 475k, 7 tempat duduk, BMW X5 boleh goyang?

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 03

model pasaran Thailand

Selepas GLE 450, MBM dijangka akan melancarkan sekurang-kurangnya 3 lagi model tahun 2021 iaitu Mercedes-Benz E-Class facelift baharu, serta model CKD untuk GLA dan sedan A-Class.

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 04

Model E-Class baharu perlu ditawarkan dengan lebih segera di Malaysia kerana BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW 5 Series LCI 2021 yang diperbaharui.

Baca: BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - dari RM 334k, 530e & 530i, lampu Laserlight!

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 05

Sementara itu, model CLD untuk sedan A-Class, terutamanya A250, bakal menawarkan alternatif yang lebih berkuasa berbanding BMW 2 Series Gran Coupe CKD (dari RM 211,367), yang hanya didapati dalam varian 218i.

SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD! 06

Model Mercedes-Benz GLA CKD akan bersaing dengan BMW X1 CKD, yang bermula pada RM 208,368 untuk varian sDrive18i.

Jika sekatan pergerakan tidak melewatkan operasi kilang di Pekan serta kelulusan harga oleh pihak kerajaan, semua model-model ini sempat dilancarkan dalam tempoh pengecualian SST. Anda berminat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz GLE 450 4Matic AMG Line

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru