window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi?

Mersita · Oct 4, 2022 07:00 PM

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi? 01

Satu video tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan debat dan kemarahan orang ramai apabila ia memaparkan insiden sekumpulan pelancong yang baru tiba di Lapangan Terbang Phuket, Thailand dipaksa keluar dari van mini yang ditempah dan disuruh menggunakan perkhidmatan teksi lapangan terbang untuk ke destinasi.

Menurut laporan The Thaiger, video berkenaan disertakan dengan penjelasan berbunyi, “Seorang pemandu van mini tiba di lapangan terbang untuk mengambil penumpang yang menempah (perkhidmatannya) secara atas-talian. Staf lapangan terbang menghentikan van mini tersebut di pintu keluar lapangan terbang sebelum mengarahkan penumpang untuk keluar dari van mini itu dan mengambil teksi berdaftar secara langsung dari lapangan terbang.”

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi? 02

Foto: Aussie Divers Phuket

Warganet meluahkan ketidakpuashatian mereka berhubung insiden berkenaan dan menganggap pihak lapangan terbang pulau peranginan popular itu menyusahkan pelancong yang mahukan mod pengangkutan pilihan sendiri dan berkemungkinan lebih murah berbanding teksi berdaftar dengan lapangan terbang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai respon terhadap insiden tular ini, pihak Lapangan Terbang Phuket mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan tujuan peraturan itu dilaksanakan. Katanya, Lapangan Terbang Phuket adalah kawasan kawalan pesawat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Kementerian dan pemandu van mini terbabit telah melanggar peraturan ini.

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi? 01

Foto: airguru.de

Teksi tidak dibenarkan memasuki kawasan lapangan terbang melainkan mendapat kebenaran daripada pihak lapangan terbang yang mempunyai sistem pendaftaran bagi pemandu-pemandu teksi. Peraturan ini telahpun dimaklumkan secara jelas kepada penumpang dan pemandu teksi, sebut kenyataan itu.

Juga baca: Menyusahkan, pemandu teksi di sempadan Malaysia-Thailand ditekan oleh peraturan baru

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi? 02

Insiden ini jelas menunjukkan salah satu isu yang membelenggu industri pengangkutan awam dan e-hailing dalam sektor pelancongan di Phuket.

Menurut portal tersebut, situasi perkhidmatan teksi di Thailand berdepan banyak kontroversi lewat ini setelah dituduh beroperasi seperti mafia, selain isu pemandu teksi yang bersikap seperti gangster walau di hadapan pelancong. Isu-isu ini dikatakan memberi persepsi buruk ke atas sektor pelancongan dan pengangkutan awam di negara itu.

Staf Phuket Airport tarik pelancong keluar dari van, arah naik teksi berdaftar. Malaysia patut contohi? 03

Foto: klia.info

Juga baca: Agensi k'jaan penyebab teksi di Malaysia mundur, seolah-olah tunduk pada e-hailing - PPDM

Di Malaysia pula, industri teksi konvensional berdepan masalah sama dimana pengusaha dan pemandu bergelut dengan kemajuan industri e-hailing yang menjejaskan periuk nasi mereka. Patutkah lapangan terbang kita juga mempraktikkan undang-undang sama dengan Phuket untuk melindungi kepentingan pihak tertentu?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda