window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stereng dalam Tesla Model Y berusia 1 minggu "tiba-tiba tercabut semasa memandu", apa kes?

Zamil Syaheer Β· Feb 5, 2023 08:00 PM

Stereng dalam Tesla Model Y berusia 1 minggu

Baru-baru ini, pemilik Tesla Model Y di AS berang kerana sterengnya tercabut semasa memandu. Ciapan tweet ini ditujukan terus kepada Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc.

Pemiliknya, Prerak Patel, memuat naik ciapan di Twitter menyatakan bahawa dia menerima penghantaran Tesla Model Y pada 24-Januari 2023 dan sedang memandu kereta itu di lebuh raya apabila stereng tiba-tiba tercabut dari kolum.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Stereng dalam Tesla Model Y berusia 1 minggu

Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana tiada kereta lain di belakang dan dapat bergerak ke pembahagi jalan. Ini telah ditweet pada 30-Januari 2023 dan sejak itu telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan.

Kenderaan itu ditunda ke pusat servis Tesla untuk diperiksa dan dia dikenakan bill berjumlah USD 103.96 (RM 443.35) untuk pembaikan. Semestinya, Prerak pun berang kenapa dia dikenakan caj, dan invois itu kemudiannya dikemas kini, menghapuskan kos pembaikan.

Stereng dalam Tesla Model Y berusia 1 minggu

Dalam satu lagi ciapan tweet kepada Elon Musk, Prerak berkata "Adakah saya bertanggungjawab untuk isu kecacatan pembuatan? Belum masuk satu minggu dan saya sudah mendapat bil untuk stereng yang rosak. Bukankah ini tanggungjawab syarikat anda untuk membetulkannya? Saya inginkan 'refund’ dan ambil semula kereta itu kerana kami sudah hilang kepercayaan, serta keluarga berasa tidak selamat untuk memandunya balik.”

Stereng dalam Tesla Model Y berusia 1 minggu

Prerak berkata bahawa dia hilang kepercayaan terhadap Tesla dan meminta kereta itu dipulangkan bersama-sama dengan bayaran balik penuh.

Malangnya, wakil Tesla berkata bahawa syarikat itu tidak mempunyai dasar pemulangan semula dan mencadangkan Prepak untuk menghubungi pasukan jualan mereka untuk meneroka pilihan yang sesuai.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Tesla Model Y Rear-Wheel Drive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda