window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Stok Perodua hampir licin untuk tahun 2020? Sasaran jualan 210,000 unit di dalam tangan

Faisal · Dec 28, 2020 04:00 PM

Stok Perodua hampir licin untuk tahun 2020? Sasaran jualan 210,000 unit di dalam tangan 01

Tahun 2020 sememangnya mencabar jualan kereta tempatan dimana ia paling menjunam pada April yang lalu.

Dengan bantuan pengecualian cukai SST, permintaan telah melebihi jangkaan syarikat. Malah Perodua sempat memecah rekod bulanan pada Oktober yang lalu dimana sebanyak 26,852 kereta telah didaftarkan.

Jualan Perodua mengikut bulan
Januari 17,481
Februari 18,895
Mac 8,601
April 57
Mei 7,886
Jun 21,250
Julai 23,203
Ogos 22,604
September 25,035
Oktober 26,852
November 23,119

Rekod kedua tertinggi dicatatkan pada September yang lalu dimana sebayak 25,035 unit telah dijual. Apa yang menariknya, ketika rekod kedua dicatatkan, prestasi tersebut sebenarnya paling baik sejak 26 tahun yang lalu. Sehingga kini, hampir 200,000 kereta Perodua telah dijual pada tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Stok Perodua hampir licin untuk tahun 2020? Sasaran jualan 210,000 unit di dalam tangan 01

Perodua Myvi

Dengan kapasiti produksi sehingga 98%, keutamaan Perodua ketika ini ialah untuk memastikan pelanggan menerima kereta mereka sebelum tahun depan.

Malah, terdapat sumber yang sahih mengatakan bahawa hampir kesemua stok telah terjual sejak awal bulan ini.

Stok Perodua hampir licin untuk tahun 2020? Sasaran jualan 210,000 unit di dalam tangan 02

Sebagai usaha untuk memperbaiki ekonomi Malaysia yang kecundang akibat wabak Covid-19, Perodua telah berbelanja sebanyak RM 600 juta untuk pembekalan alat ganti tempatan.

Walaupun tahun ini cukup mencabar, Perodua berjaya menguruskan profil mereka dengan baik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda