window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS

Mersita · Aug 4, 2020 05:00 PM

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 01

Jika anda membesar dalam zaman 80-an, anda pasti pernah dengar yang Proton Saga pertama kita dibangunkan berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore. Beberapa bulan lepas, kami sudah kongsikan cerita tentang Proton Saga yang bukan saja ada satu, tapi dua sepupu jauh bangsa Amerika – iaitu Dodge Colt dan Plymouth Colt.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 02

Mitsubishi Lancer Fiore, kereta penderma

Untuk menyambung cerita ini, kami ingin perkenalkan satu kisah tentang Malcolm Bricklin - nama yang anda tidak akan temui dalam sejarah rasmi Proton – dimana beliau berjanji kepada Dr. Mahathir yang beliau akan menjadikan Proton Saga salah satu daripada 10 kereta terlaris di Amerika Syarikat, dan Dr. Mahathir percayakannya.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 03

Seorang yang dikenali dengan usaha kerasnya, Bricklin adalah salah seorang individu yang layak mengaku tentang kejayaan beliau memperdaya Dr. Mahathir dan tahu bagaimana untuk memanipulasi keinginan beliau yang mahukan Proton berjaya walaupun dalam kemelesetan ekonomi ketika itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kisah cubaan Proton untuk mengekspot Saga ke AS adalah satu saga yang penuh dengan tipu daya dan muslihat kewangan, melibatkan ‘power brokers’ dari tahap tertinggi dalam kerajaan – termasuklah Setiausaha Negara AS yang terdahulu, Henry Kissinger. Ya, beliaulah yang berkhidmat di bawah Presiden Nixon dan pada masa yang sama mempunyai penglibatan dalam urus-janji ekspot Proton Saga. Kisahnya terungkai seperti berikut.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 01

Lahir pada tahun 1939 di dalam keluarga kelas pekerja di Philadelphia, AS, perusahaan pertama Malcolm Bricklin ialah menjual hak francais kepada rangkaian kedai peralatannya, Handyman. Kemudian, pelaburnya dapat tahu yang syarikat ini bergelumang dengan penipuan dalam perakaunannya. Beliau disaman dan disahkan bankrap pada umur 26 tahun.

Tapi, ia tidak semudah itu untuk menghancurkan semangat Bricklin. Sebaliknya, beliau bekerja dengan lebih keras lagi dan menceburkan diri dalam perniagaan automotif – satu langkah besar dari perniagaan sebelumnya.

Pada tahun 1965, beliau berhubung dengan Innocenti; sebuah syarikat Itali yang membuat skuter Lambretta.

Innocenti telah membuat jangkaan yang jauh meleset dalam kadar permintaan skuter di kalangan rakyat Amerika dan ini menyebabkan lambakan stok Lambretta yang tidak terjual. Bricklin, pada masa itu, menawarkan dirinya sebagai “perunding” dan membuat urus-janji dengan Innocenti untuk mengambil-alih semua stok tidak terjual itu.

Entah bagaimana, Bricklin berjaya mendaftar sekumpulan pengedar untuk mengambil stok Lambretta tersebut. Padan dengan gaya ‘hustler’ beliau, beliau melawat pusat-pusat pengedarnya dengan menaiki Rolls-Royce sewa. Gaya itu penting.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 02

Subaru 360

Samada beliau berjaya buat duit dari urus-janji ini atau sebaliknya, itu belakang cerita, kerana selepas itu beliau menggunakan ‘kisah kejayaan’ ini untuk meyakinkan Fuji Heavy Industries (FHI) – syarikat induk Subaru – untuk urus-janji yang seterusnya.

Tapi, sebelum kereta Subaru buat kemunculan dalam kisah ini, beliau berjaya meyakinkan FHI untuk membenarkannya mengimpot skuter Fuji Rabbit ke pasaran AS. Selepas ini, beliau menambah lagi impot kereta Subaru dalam urus-janji tersebut dan hasilnya, beliau menjadi pengasas Subaru of America pada tahun 1968.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 03

Kisah ini terjadi pada hujung tahun 60-an. Kereta-kereta Subaru yang terlibat bukanlah Legacy pacuan semua-roda, tapi ia hanyalah Subaru 360 dengan enjin belakang yang kecil; 360cc 2 silinder yang gunakan udara sebagai penyejuk. Ia seperti VW Beetle Jepun tapi jauh lebih kecil.

Seperti yang dijangka, langkah memperkenalkan kereta kei Jepun di pasaran AS adalah satu kesilapan. Subaru of America hampir-hampir bankrap dan terdesak untuk membina semula kredibiliti mereka. Oleh itu, Bricklin cuba untuk meyakinkan Bunky Knudsen, bekas presiden Ford Motor Company, untuk berganding bahu dengannya.

Jika anda rasa aksi beliau melawat pengedar Lambretta dengan Rolls-Royce sewa itu cukup lawak, Bricklin berkunjung ke rumah Knudsen dengan menaiki helikopter, mendarat di laman rumah Knudsen. Knudsen berjaya menghidu muslihat Bricklin dan akhirnya, pertemuan itu tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pada masa yang sama, lebih banyak salahlaku kewangan yang terjadi di dalam Subaru of Amerika yang semakin karam. Tapi, ia diselamatkan oleh pelabur baru iaitu keluarga Koffman yang memberi kredit tambahan kepada syarikat tersebut - dengan syarat, Bricklin harus letak jawatan.

Jadi, pada 1971, Malcolm Bricklin sebagai pengasas Subaru of America, telah berpisah dengan jenama Jepun kluster ‘Pleiades star’ tersebut.

Adakah ini kesudahan kisah muslihat Bricklin? Belum lagi, jauh lagi perjalanannya. Selepas kejadian ini, Bricklin berhijrah ke negara jirannya pula - kali ini dengan sasaran baru iaitu kerajaan wilayah New Brunswick, Kanada.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 04

Dengan skilnya sebagai jurujual, Bricklin cukup hebat dalam perundingan dan usaha-usaha meyakinkan orang lain. Beliau tiada pengalaman apapun dalam pembuatan kereta. Tapi, entah bagaimana, beliau berjaya meyakinkan kerajaan negeri Kanada untuk meminjamkan beliau USD 5.5 juta dan memberi tanah untuk membina Bricklin Safety Vehicle atau SV-1.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 05

Bricklin SV-1

Dengan berbekalkan hanya satu contoh buatan tangan untuk ditayang, beliau berjaya ‘close deal’. Seperti biasa, walaupun dah dapat duit dan tanah tersebut, hasilnya tiada. Sekali lagi, Bricklin disahkan bankrap.

Beliau kembali ke AS dan pada masa yang sama, Fiat dalam proses keluar daripada AS. Beliau mengasaskan International Automobile Importers (IAI) dan dengan menggunakan helah yang sama dengan Lambretta, beliau berurus-janji dengan Fiat pula.

Setelah membina hubungan rapat dengan Fiat, beliau akhirnya terhubung dengan jenama Yugo dari Yugoslavia yang menghasilkan kereta Fiat ‘celup’ atau ‘rebadged’.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 06

Dengan Yugo, Bricklin menemui pasaran khusus yang kurang diberi perhatian di AS. Yugo, pada masa itu, adalah kereta paling murah yang dijual di AS dan ia menjadi kejayaan terbesar beliau setakat ini; walaupun ia hanya sementara.

Bricklin dilaporkan menjual faedahnya dalam Yugo of America, yang diletakkan di bawah IAI, untuk USD 20 juta.

Pada masa ini jugalah beliau menghampiri Proton. Beliau menggunakan hubungannya dengan Lawrence Eagleburger, bekas duta AS di Yugoslavia, yang akhirnya berkhidmat sebagai ahli Lembaga Yugo of America.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 07

Eagleburger juga merupakan presiden untuk Kissinger Associates yang berfungsi sebagai penghubung dalam dunia politik dan bisnes. Kissinger Associates diketuai oleh tak lain tak bukan, Henry Kissinger sendiri. Sebelum menyertai tampuk pimpinan AS, Kissinger dahulunya seorang ahli akademik di Harvard University. Beliau juga pernah mengajar Dr. Mahathir di International Seminar universiti tersebut pada tahun 1967.

Kissinger Associates menuntut USD 200,000 sebagai yuran perundingan dan USD 10 bagi setiap kereta Proton yang dijual oleh Bricklin. Bricklin membayar jumlah yang diminta dan kerjanya bermula pada tahun 1986.

Pada masa itu, ekonomi meleset dengan teruk di Malaysia dan pasaran kereta telah mengecil sekitar 50%. Proton berdepan dengan masalah besar, mengalami kerugian dengan setiap kereta yang terjual. Kerajaan Malaysia bergelut untuk mengekspot Proton jika mahu lojinya kekal beroperasi.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 08

Pengurusan Yugo of America/Global Motors, dari kiri: Tony Ciminera, Malcolm Bricklin, Bill Prior

Tony Ciminera, seorang bekas wartawan permotoran di majalah Road and Track sebelum menjadi orang-kanan Bricklin di Global Motors,  menceritakan pengalaman beliau ketika berjumpa dengan Dr. Mahathir dalam buku yang dikarang oleh Jason Vuic bertajuk ‘The Yugo – The rise and fall of the worst car in history’.

“Mereka menjemput kami untuk [berjumpa Mahathir] dengan kereta polis yang dipasang bendera pada fendernya. Beliau menjemput kami ke dalam sebuah bilik yang besar. Seorang pegawai protokol istimewa masuk dan memberitahu kami tentang tatacara yang betul. Selepas itu, [Mahathir sendiri] masuk. Bill Prior (‘PR’ kepada Bricklin) membuat satu pembentangan dan Perdana Menteri tersebut ternyata sangat kagum. Yang duduk di dalam bilik tersebut hanyalah eksekutif dari kilang itu sendiri. Dan Perdana Menteri tersebut cuma berpaling pada mereka dan berkata, ‘Sounds great. Let’s do it.’ begitu sahaja. Kami pada masa itu terkejut. Eksekutif dari kilang kami tergamam, kerana ia seperti kerja yang terus disumbat dalam mulut mereka. Saya tak rasa yang mereka kisah tentang hal kereta tersebut diekspot ke AS, tapi mereka mahu mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi dan membuat lebih banyak perbincangan. Tapi, Mahathir cuma cakap ‘You will do it.’

Dr. Mahathir tertarik dengan janji Bricklin untuk menjual 250,000 unit Proton di AS menjelang 1993, yang akan membuatkannya berada pada tempat ketujuh dalam senarai kereta paling popular di AS. Bricklin juga menawarkan USD 10 juta untuk mengubah Saga kepada pemanduan sebelah-kiri dan membuat homologasi bagi menepati undang-undang AS dalam masa hanya 15 bulan.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 09

Prototaip Proton Saga pemanduan sebelah-kiri. Ia dikatakan dibuat untuk tujuan homologasi bagi pasaran AS tapi kami ragu-ragu – ia tiada bampar 5 mph yang mandatori untuk pasaran AS. Kredit: Jabatan Penerangan, dan FB Proton Saga, Iswara, LMST Enthusiast.

Mana-mana pegawai industri automotif akan terus perasan yang jangka-masa dan jumlah yang dijanjikan Bricklin itu sebenarnya tidak realistik, terutama sekali bagi syarikat dengan latar-belakang sebegitu.

Entah bagaimana, mungkin kerana faktor Kissinger, Dr. Mahathir setuju dengan perjanjian ini. Nampak gayanya beliau tak tahu tentang sejarah muslihat Bricklin dengan SV-1, Subaru ataupun kedai-kedai Handyman suatu ketika dahulu.

Tak lama selepas mendapat ‘lampu hijau’ dari Dr. Mahathir, Bricklin mengasaskan Proton America Inc. (PAI) dan pada 3 Disember 1986. Satu perjanjian telah ditandatangani antara Proton dan Proton America Inc.; dimana ia diletakkan di bawah subsidiari baru IAI iaitu Global Motors.

Tapi, apa yang merosakkan urus-janji Proton Saga bagi ekspot AS ini bukanlah datang dari ketidakcekapan Bricklin, tapi dari rakan teknikal Proton iaitu Mitsubishi.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 10

Urus-janji tersebut sejak dari awal lagi tidak dipersetujui. Lagipun, Proton bergantung pada Mitsubishi Motors untuk membekalkan enjin dan transmisi.

Mitsubishi sudah mempunyai 50:50 usaha-sama dengan Chrysler (Diamond-Star Motors) untuk menghasilkan Lancer di AS dengan menjualnya sebagai Dodge/Plymouth Colt. Membiarkan model berasaskan Lancer yang ketiga dilancarkan di pasaran AS pasti akan menjejaskan usaha-sama ini.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 11

Kenji Iwabuchi, berdiri di sebelah Dr. Mahathir

Di samping itu, keadaan kewangan Proton terus menjunam. Menjelangnya Ogos 1988, Dr. Mahathir hilang kesabaran dan akhirnya bersetuju untuk menggantikan pengurusan Proton di Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Wan Nik Ismail dengan eksekutif Jepun dari Mitsubishi Motors - diketuai oleh Pengarah Urusan Kenji Iwabuchi, dan seterusnya Mitsuo Hattori.

Menteri Kewangan pada masa itu, Daim Zainuddin, dilaporkan meluahkan rasa kecewanya dengan pengurus tempatan tersebut, dimana beliau berkata “Jika ini berlaku pada seorang rakyat Jepun, dia melakukan hara-kiri.”

Salah satu perkara pertama yang dilakukan Iwabuchi di Proton ialah membatalkan urus-janji dengan Bricklin. Ini menyebabkan Bricklin cuba untuk memfailkan saman pelanggaran kontrak selepas disarankan oleh peguam-peguam yang berkait dengan (tak lain tak bukan) Lawrence Eagleburger dari Kissinger Associates.

Tapi, mereka silap, kerana kontrak dibuat di antara PAI dan Proton; bukan Mitsubishi yang tiada kewajipan dalam membekalkan enjin dan transmisi. PAI tiada hak untuk melawan Mitsubishi.

Malah, Proton sememangnya berhak untuk membalas-saman PAI bagi kegagalan mereka dalam memberi servis yang sepatutnya iaitu penyiapan prototaip pemanduan sebelah-kiri dan homologasi. Tapi entah mengapa, Proton/Dr. Mahathir membiarkan hal ini begitu saja, menutup lembaran yang memalukan ini dan teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 12

Keratan dari parlimen ini yang bertarikh 15 Mac 1989 merekodkan soalan yang diajukan daripada ahli parlimen DAP Bagan, Teoh Teik Huat - yang kemudiannya dijawab oleh menteri dari Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Kasitah Gaddam.

Tapi, walaupun Mitsubishi bersetuju untuk membekalkan enjin dan transmisi, ia tidak akan memberi sebarang impak kerana Bricklin masih lagi tidak dapat menyiapkan homologasi tersebut.

Impak terbesar jatuh kepada firma pelaburan Wall Street iaitu Mabon, Nugent & Company – yang terpaksa ditutup apabila urus-janji Proton tersebut gagal.

Firma pelaburan tersebut, yang pada mulanya tidaklah sebesar mana bagi standard Wall Street, mempertaruhkan segala-galanya pada urus-janji tersebut dengan matlamat untuk mengambil-alih Global Motors. Global Motors pada masa itu bercita-cita tinggi untuk menjadi jenama penaung bagi kereta-kereta murah di Amerika – Mahindra (India), Lincah Gama (Indonesia) iaitu Isuzu Trooper yang dijenamakan semula, dan Oltcit (Romania) iaitu Citroen dijenama-semula. Idea mereka ialah untuk mendominasi pasaran kereta murah.

“Kami semua termasuk sekali. Tapi Mabon, Nugent bodoh. Memang betul-betul bodoh. Mereka mempertaruhkan segalanya. Sebuah syarikat yang telah diasaskan sejak 1890-an lagi mempertaruhkan modal mereka untuk benda ini. Semuanya berasaskan janji tentang sebuah kereta yang akan datang ke Amerika berdasarkan dengan hanya kata-kata Mahathir kepada Kissinger. Beliau berkata, ‘Yeah, I’ll give it to you.’ dan Bricklin dan Mabon, Nugent dan semua orang membina ‘istana angan-angan’ masing-masing atas perkara ini,” kata seseorang yang rapat pada urus-janji ini kepada penulis buku tersebut, Jason Vuic.

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 13

Saya rasa pada zaman 80-an, apabila kredit tengah murah dan semua orang ingat yang mereka boleh buat duit dengan saham, tak ramai yang berfikir jauh tentang satu perkara – apa yang akan terjadi kalau Mitsubishi, pemilik 30% Proton, tidak bersetuju?

Suatu ketika dulu, Proton dan Tun M pernah ditipu dalam urus-janji ekspot AS 14

Malcolm Bricklin pada tahun 2017

Bagi Bricklin pula, buat masa ini beliau dikatakan sedang menjaja idea Bricklin EV dan membuat satu projek berkaitan galeri seni.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda