window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini!

Haris · Mar 13, 2023 03:00 PM

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 01

Subaru Indonesia telah melancarkan Subaru Crosstrek generasi baharu, atau masih dikenali sebagai Subaru XV di sini. Hanya satu varian 2.0 i-S EyeSight sahaja yang ditawarkan, harga bermula daripada IDR 549.5 juta, bersamaan dengan sekitar RM 160,575.

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 02

Harga tersebut memperlihatkan kenaikan harga sekitar 10% untuk model baharu ini. Ia kelihatan seperti masih mengekalkan siluet Subaru XV lama tetapi dikemaskini dengan kit badan; lampu depan LED, lampu kabus LED, lampu belakang gabungan LED, dan rim aloi 18-inci. Hanya siluet badan kenderaan sahaja yang kekal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 01

Model pasaran luar

Bahagian kabin dalaman mendapat sentuhan serba hitam dengan skrin infotainment potret 11.6 inci duduk di tengah-tengah, dan selebihnya mendapat peningkatan ciri kelengkapan seperti: tempat duduk boleh laras kuasa 10 arah untuk pemandu, bumbung suria, pendingin hawa dwi-zon, tempat duduk belakang lipat 60:40 dan port USB anda.

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 02

Dibina di atas Platform Global Subaru (SGP), Subaru Crosstrek generasi ketiga mempunyai sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) yang terkenal, dan dipasangkan dengan sistem X-Mode yang mempunyai dwi-fungsi.

Baca: Lari identiti? Di Jepun kini ada Subaru Crosstrek (XV) berpacuan roda depan FWD, harga RM 86k

Kombinasi enjin dan transmisi adalah pilihan enjin 2.0 liter 'Boxer' FB20 yang biasa, menghamburkan 156 PS dan 196 Nm. Enjin yang disedut secara semula jadi ini digandingkan dengan transmisi Lineartronic CVT automatik dengan 8 gear maya.

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 03

Ciri keselamatan standard termasuk 8 beg udara, AEB terbalik, dan bantuan lampu tinggi. Bagi ciri keselamatan aktif ADAS Subaru EyeSight pula, ia menawarkan ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Centring Control dengan Preceding Vehicle Adaptive Steering Control (LCC)
  • Pre-collision braking (PCB, or AEB)
  • Autonomous emergency steering (AEB)
  • Lane departure prevention (LDP)
  • Pre-collision throttle management (PCTM)
  • Lead vehicle start alert (LVSA)

Subaru Crosstrek (XV) generasi baharu dilancarkan di Indonesia, dari RM 161k - rupa gagah yang dikemaskini! 04

Subaru XV yang masih dijual di Malaysia

Di Malaysia, tiada sebarang spekulasi mengenai kehadiran Subaru Crosstrek baharu (dijangka nama Subaru XV akan digugurkan) justeru TC Subaru Malaysia masih terus menjual Subaru XV generasi kedua. Harga bagi varian Subaru XV bermula daripada RM 139,788 untuk EyeSight XV 2.0 i-P, kepada RM 146,788 untuk model mercu XV 2.0 i-P EyeSight GT Edition.

Baca: 2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda