window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Zamil Syaheer · Feb 28, 2021 02:00 PM

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 01

Bagi peminat tegar kereta, nama Subaru memang sinonim dengan perlumbaan rali, terutamanya model Subaru Impreza WRX STi dengan warna biru serta ‘livery’ kuning yang terkenal.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 02

Bagi pengguna biasa di Malaysia pula, anda mesti kenal dengan Subaru XV, SUV yang telah memperkasakan jenama Jepun ini disini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 01

Menggunakan enjin boxer, tetapi pacuan roda belakang.

Selain itu juga, Subaru terkenal dengan penggunaan pacuan semua roda simetri (symmetrical AWD) dan juga enjin jenis boxer (mendatar, atau ‘flat’) pada kesemua model barisan model kereta (kecuali Subaru BRZ).

Tahukah anda kenapa Subaru sangat obses dengan kedua ciri ini?

‘Proud of Boxer’

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 02

Antara manfaat yang paling ketara dengan penggunaan enjin boxer ialah ia mempunyai pusat graviti yang rendah. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bandingkan stabiliti sebiji pinggan (enjin boxer) dengan botol air (enjin sebaris).

Putar saja stereng ketika mengambil selekoh, anda akan terasa kekurangan intertia yang akan membuatkan anda rasa seperti tak percaya, terutamanya SUV yang agak besar seperti Subaru XV dan Subaru Forester.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 03

Ini kerana enjin boxer lebih pendek dari segi panjang dan juga ketinggian berbanding enjin sebaris. Bermakna, Subaru boleh meletakkan enjin dan transmisi ini serendah yang mungkin, secara tak langsung membuatkanya lebih stabil dan juga lincah. Sebab itu Subaru memang syok dipandu, terutamanya di selekoh.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 04

Saya bertuah kerana telah diberi peluang untuk menguji pandu beberapa model Subaru, seperti Impreza (kini dikenali sebagai WRX), XV, dan juga Forester. Memang tak dinafikan, casisnya dan tahap kawalannya amatlah seimbang, memberikan anda keyakinan yang tinggi ketika mengambil selekoh.

Sterengnya juga amat responsif dan tepat, tidak terasa "kosong" atau "terputus". Pendek kata, anda terasa satu dengan kereta.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 05

Tambahan pula, susun atur enjin boxer juga sebenarnya amat seimbang. Secara tak langsung, rev-nya lebih lancar, ‘idle’ juga senyap, dan kurang gegaran. Untuk info lebih lanjut, anda boleh baca artikel terperinci disini.

Symmetrical AWD, amat mantap

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 06

Subaru XV dan Forester bukanlah SUV yang amat berkuasa dalam kelas masing-masing, tetapi ia mempunyai tahap cengkaman yang konsisten pada bila-bila masa.

Dimana kebanyakkan pesaing lain akan hilang sedikit cengkaman dan sedikit terkeluar dari landasan (jika anda memandu dengan bersemangat), sistem symmetrical AWD ini melakukan tugasan cengkaman dengan begitu mantap, memberikan anda rasa konfiden dan selamat.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 07

Bonus dengan penggunaan sistem ini pula, ialah ia membuatkan XV dan Forester mempunyai tahap kebolehan off-road secara natural.

Janganlah bandingkan dengan Toyota Hilux sebab itu adalah 4x4, tetapi dimana pesaing kedua SUV ini akan bergelut di jalan lumpur dalam, berbatu, dan condong, kedua SUV Subaru ini melakukannya tanpa sebarang masalah walaupun dengan tayar biasa. Anda hanya perlu aktifkan X-Mode, dan jalan.

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 08

Ini bukan setakat percakapan saja. Saya pernah mencuba XV dan Forester standard dari bilik pameran ke off-road sebenar dan juga dibuat khas menggunakan besi (semasa acara roadshow Subaru Malaysia), memang senang-senang saja kedua SUV ini melakukannya.

Konklusi

Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini? 09

Dalam era dimana kebanyakkan pengeluar kereta menggunakan formula yang sama, Subaru ibarat seperti seorang ‘pemberontak’ yang ingin menempa nama dengan identiti tersendiri.

Jenama dari Jepun ini telah membuktikan namanya di arena global, dan anda patut cuba menguji pandunya untuk memahami apa yang kami cuba sampaikan dalam rencana kali ini. Atas jalan boleh, off-road boleh – juara rali dunia kot, apadehal?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda