window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’

Faisal · Jun 14, 2021 06:00 PM

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 01

Subaru Forester facelift 2021 telahpun dirasmikan di Jepun sebentar tadi.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 02

Kali ini, ia memperagakan falsafah reka bentuk yang dikenaii sebagai ‘BOLDER’ dan pembaharuan dari segi ciri keselamatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

VIsual

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 01

Dengan falsafah reka bentuk yang baru, Forester facelift menerapkan unsur yang hampir sama dengan Subaru Levorg serba baru, terutama pada wajahnya.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 02

Dari segi perincian, ia tampil dengan bampar yang berbeza, lampu LED penuh yang baru, dan lampu isyarat jenis LED.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 03

Selain itu, Forester facelift hadir dengan roda 17 dan 18 inci yang baru, dan lampu belakang yang lebih moden. Bampar belakang yang diperbaharui juga tidak terkecuali.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 04

Dari segi dimensi, ia sebenarnya 15mm lebih panjang berbanding sebelum ini.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 05

Untuk kali ini, pembeli ditawarkan dengan tiga pilihan warna baru iaitu Cascade Green Silica, Autumn Green Metallic, dan Brilliant Bronze Metallic.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 06

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 07

Bahagian dalam pula kekal seperti sebelum ini.

Trenkuasa

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 08

Forester facelift beransur dengan pilihan trenkuasa seperti sebelum ini yang mana ia didatangkan seperti berikut:

Trenkuasa Subaru Forester facelift 2021
Varian Trenkuasa
Touring, X-Break, Advance

2.0L, e-Boxer hibrid sederhana

Output enjin:145 PS, 188 Nm tork

Output motor elektrik: 13.6 PS, 65 Nm tork

CVT

Symmetrical AWD

 

Sport

1.8L, turbo Boxer

177 PS, 300 Nm tork

CVT

Symmetrical AWD

Kali ini, kesemua varian dilengkapkan dengan e-Active Shift Control.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 09

Ia mengesan tekanan graviti iaitu G force dan menentukan putaran enjin yang paling optimum untuk pecutan yang lebih mantap dan pemberhentian enjin yang lebih berkesan.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 10

Di samping itu, suspensinya juga dinaik taraf supaya lebih empuk dan lebih sporty.

Keselamatan – EyeSight yang lebih baru

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 11

Kamera yang digunakan untuk sistem bantuan keselamatan ADAS pada EyeSight kali ini diperbaharui dengan kamera stereo yang lebih lebar.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 12

Perisiannya juga dikemaskini untuk kawalan pelayaran adaptif yang lebih tenang.

Bila nak masuk Malaysia?

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 13

Subaru Forester facelift 2021 akan dijual di Jepun bermula Ogos ini. Namun begitu, ketibaannya di pasaran Malaysia mungkin bukan dalam masa yang terdekat.

Subaru Forester facelift 2021 debut di Jepun – EyeSight terkini, reka bentuk ‘BOLDER’ 14

Buat masa ini, Forester yang datang sebagai model CBU dari Thailand ditawarkan dengan harga seperti berikut:

  • 2.0i-L - RM 149,788
  • 2.0i-L GT Lite Edition - RM 163,788
  • 2.0i-S - RM 169,788
  • 2.0i-S EyeSight - RM 169,788
  • 2.0i-S EyeSight GT Edition - RM 187,788

Juga bacaRebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda