window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda!

Haris · Mar 27, 2023 10:00 AM

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 01

Subaru Forester facelift baharu membuat penampilan sulung di peringkat global di tanah kelahirannya Jepun pada Jun 2021. 17 bulan kemudian pada November 2022, model facelift ini telah dilancarkan di Thailand.

Sela masa yang diambil mencerminkan tempoh masa dan tugas yang diperlukan untuk menjadikan Subaru Forester facelift baharu sebagai model pemasangan tempatan di negara jiran kita.

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan anda, Subaru Forester facelift dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Subaru Automotive Thailand di Lat Krabang, Bangkok.

Pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok yang sedang berlangsung, TC Subaru Thailand telah mempamerkan Subaru Forester GT Edition facelift. Menariknya, 2 varian GT Edition ditawarkan di Thailand untuk Forester iaitu: GT dan GT Lite.

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 01

Harga bermula dari THB 1,520,000 (~RM 198k) untuk varian GT Lite, manakala spesifikasi teratas GT berharga THB 1,660,000 (~RM 215k).

Seperti yang kita bincangkan semasa kemunculan Forester facelift, SUV segmen C yang dikemas kini tersebut mendapat fascia depan yang direka semula, dengan lampu depan LED yang lebih langsing dan tajam menjadi sorotan utama.

Bampar depan juga memperlihatkan rekaan baru tetapi sukar untuk membezakan antara model ini dengan model sebelum melainkan anda membandingkan kedua-dua model facelift dan pra-facelift secara sebelah menyebelah.

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 02

Bahagian belakang sebahagian besarnya sama dengan Subaru Forester pra-facelift, namun diffuser belakang memberikan sentuhan baharu.

Bagi kit badan GT-Edition, ia menambah skirt depan, sisi dan belakang seperti biasa serta menggunakan rim aloi 18-inci yang datang dari kilang.

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 03

Di bahagian dalamnya pula, Subaru Forester GT-Edition facelift menambah kerusi kulit beralun; selebihnya perincian kabin adalah sama dengan model Forester facelift biasa.

Baca: Jualan Honda CR-V di Thailand terus terjejas, habis ‘ditapau’ oleh Subaru Forester pada Mac 2022

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 04

Kuasa untuk Subaru Forester datang daripada enjin 4-silinder sebaris 2.0 liter beraspirasi semula jadi yang menghamburkan 156 PS dan 196 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT Lineartronic yang licin bak mentega oleh Subaru. Kuasa dikerahkan ke keempat-empat roda melalui sistem Subaru Symmetrical AWD.

Subaru Forester GT facelift baharu menyusul ke Malaysia akhir tahun ini, prebiu Thailand beri petanda! 05

Bagi pasaran kita, Subaru Forester spesifikasi Malaysia tidak lagi dipasang secara tempatan (CKD). Bermula dengan model generasi SK semasa, Subaru Forester diimport (CBU) dari Thailand justeru spesifikasi yang didedahkan ini boleh menjadi petunjuk mengenai model yang akan datang.

Selain itu, kemunculan tempatan Subaru Forester facelift baharu dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini.

Baca: SUV yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 2023; dari Omoda 5, ke CR-V baru, dan hingga ke Proton X90

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda