Subaru Forester terpakai serendah RM 70k - bila praktikal dan mekanikal lebih penting dari rupa!
Haris · Nov 18, 2022 02:00 PM
Subaru Forester mungkin sebuah pilihan di luar arus perdana berbanding model pesaing lain seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5. Ia sering dilupakan namun masih dicari oleh pengguna yang arif mengenai mekanikal kenderaan dan mahukan sebuah SUV yang berkebolehan.
Oleh yang demikian, Subaru Forester akan menjadi panduan kereta terpakai dalam artikel ini - secara spesifiknya generasi keempat SJ.
Tak perlu jauh-jauh, portal jual beli kenderaan atas talian terkemuka Malaysia, Carsome menawarkan contoh Subaru Forester generasi keempat terpakai yang berharga antara RM 65k hingga RM 100k, bergantung pada perbatuan dan tahun model.
2018 Subaru FORESTER I-P 2.0
RM 85,200
RM 959
/bulan
46,683 km
5 years
Kuala Lumpur
2016 Subaru FORESTER I-P 2.0
RM 74,500
RM 816
/bulan
61,529 km
6 years
Kuala Lumpur
2016 Subaru FORESTER I-P 2.0
RM 71,000
RM 745
/bulan
98,970 km
6.5 years
Kuala Lumpur
Prebiu – Subaru Forester tampil dengan model turbo terlebih dahulu, NA kemudian
Forester 2.0 XT
Subaru Forester generasi keempat membuat debutnya di Malaysia pada tahun 2013, hanya dalam satu varian sahaja 2.0 XT berharga RM 199,800. Model tersebut diimport (CBU) dari Jepun. Versi pemasangan tempatan (CKD) menyusul kemudian pada tahun 2016.
Subaru Forester facelift
Pada pelancaran, harga Subaru Forester CKD bermula daripada RM 144,948 kemudian mencecah RM 154,488 untuk varian pertengahan. Varian teratas masih kekal dengan 2.0 XT kini dijual pada harga RM 211,729, masih diimport (CBU) dari Jepun.
Subaru Forester 2.0 i-S
Setahun kemudian pada tahun 2017, Subaru Forester 2.0 i-S telah dilancarkan di sini, berharga RM 133,818. Jumlah kelengkapan adalah sama dengan varian 2.0 i-P tetapi memperoleh beberapa peningkatan visual dalam bentuk kit badan dan beberapa jahitan merah kontras di bahagian dalam.
Perincian dalaman Subaru Forester STI Performance
Kemudian pada tahun 2018, Subaru Forester 2.0 STI Performance diperkenalkan di Malaysia, berharga RM 135,288. Jangan biarkan tanda nama STI ini menipu anda, kerana lambang STI Performance pada Subaru Forester hanya menambah sekumpulan aksesori STI, seperti kit badan, lambang, hiasan kemas, permaidani dan tombol syif tanpa sebarang talaan mekanikal yang berbeza.
Bagi varian Subaru Forester 2.0 peringkat asas, ia mendapat enjin 4-silinder Boxer 2.0 liter aspirasi semula jadi dengan 150 PS dan 198 Nm. Tugas pengagihan kuasa digalas oleh transmisi Lineartronic CVT sebagai standard, dipadankan dengan sistem AWD Symmetrical Subaru yang memberikan kuasa pada keempat-empat roda.
Forester 2.0 i dengan lampu halogen
Ciri standard pada Subaru Forester termasuk lampu depan projektor (LED pada 2.0 i-P), lampu nyalaan siang LED, upholsteri kulit, pedal aluminium dan paparan digital Multi Info Display yang dipasang pada papan pemuka Subaru yang serba ringkas.
Kit keselamatan terdiri daripada kawalan kestabilan, ABS, EBD dan 7 beg udara. Suite ADAS Subaru EyeSight tidak tersedia pada Forester generasi keempat dan hanya muncul pada model generasi baharu kemudian.
Memandangkan varian Subaru Forester yang agak terhad di Malaysia, memilih varian yang bagus adalah agak mudah.
Pilihan kami tentunya Subaru Forester 2.0 i-P varian teratas. Hal ini kerana varian i-P menambah lampu LED dengan sistem Subaru Steering Responsive Headlights (SRH), tempat duduk pemandu berkuasa dengan fungsi memori, paddle shifter dan pintu but belakang berkuasa.
Jika anda ingin membeli Subaru Forester terpakai, anda boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa Subaru Forester adalah model yang agak bebas masalah. Biasalah jenama Jepun.
Walau bagaimanapun, bakal pemilik harus memerhatikan komponen yang haus dan lusuh seperti berikut:
Penggalas roda (wheel bearing): Kos sekitar RM 374 hingga RM 420 untuk 1 unit tayar
Lower arm bush: Kos sekitar RM 75 hingga RM 490
Gegelung penyejuk (Cooling coil): Kos sekitar RM 1,400 hingga RM 1,800
Selain itu, bakal pemilik digalakkan untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli dan memeriksa sebarang gelinciran klac CVT, sekiranya pemilik terdahulu tidak menukar cecair CVT mengikut selang servis 40,000 km yang disyorkan.
Jika anda memerlukan pusat servis Subaru yang dipercayai, tinjau Motion Beyond Subaru Setia Alam.
Mereka boleh menyediakan pemeriksaan kenderaan 12 poin kepada bakal pemilik untuk mana-mana model Subaru terpakai (dijual oleh pengedar Subaru yang sah) dan menyemak rekod servis dengan hanya bayaran RM 80 (harga biasa RM 120) - jika anda menyebut "WapCar" kepada penasihat servis mereka .
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen