window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder!

Faisal · Apr 1, 2022 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 01

Secara teknikal, GR Corolla dibangunkan berdasarkan pengalaman daripada kumpulan sukan permotoran Toyota Gazoo Racing. Kalau anda nak tahu, mereka pernah mencipta Corolla berkuasa hidrogen yang berjaya melengkapkan perlumbaan Super Taikyu Series.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 02

GR Yaris yang hangat diperkatakan selama ini juga mendapat sentuhan daripada ramai pelumba rali termasuklah legenda Tommi Makinen. Menariknya, input sama turut diterapkan pada GR Corolla tetapi kali ini dengan suntikan pendapat daripada presiden Toyota sendiri iaitu Akio Toyoda.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 03

Sumber inspirasi buat GR Corolla.

Menurut beliau, GR Corolla merupakan Corolla yang akan memukau para masyarakat mahupun mereka yang meminati model-model kereta berprestasi tinggi. Jentera ini diinspirasikan oleh Corolla generasi TE25 yang mana ikon itu dinobatkan sebagai juara perlumbaan World Rally Championship (WRC) pada tahun 1973.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 04

Walaupun nama Corolla di Malaysia sinonim sebagai sebuah sedan keluarga, versi berprestasi tinggi ini menggunakan bentuk varian hatchback yang digelar di pasaran luar sebagai Corolla Sport. Tetapi untuk menyerlahkannya lagi, Toyota menerapkan skirting yang lebih agresif, fender yang lebih lebar dan tiga muncung ekzos.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 05

Pada bahagian dalam, GR Corolla hadir dengan lencana GR dan tombol gear manual 6 kelajuan.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 06

Istimewa buat peminat juga adalah sistem brek parkir tradisional yang mana ia lebih menyeronokkan apabila dipandu secara rancak.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 07

Dari segi nadi, GR Corolla dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo 3 silinder, sama seperti GR Yaris tetapi dengan prestasi sehingga 304 PS dan 370 Nm tork.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 08

Hembusan tenaga azimat ini dihantar ke sistem pacuan 4WD GR-Four yang menggunakan klac kembar elektronik untuk pembahagian kuasa yang lebih berkesan. Eksklusif buat GR Corolla berbanding GR Yaris adalah sistem 4WD dan mod memandu yang boleh dikonfigurasikan secara asing bagi menepati citarasa pemandu.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 09

Hothatch ini secara amnya datang dengan 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan Supersonic Red. Pasaran Amerika Utara akan dapat GR Corolla dengan varian Core dan Circuit Edition. Varian edisi litar ini menambah pilihan warna Heavy Metal.

Subaru kata STI tiada lagi, Toyota pula persembahkan GR Corolla AWD – 100 PS setiap silinder! 10

STI dah tiada. Tinggal ini dan Type R sahaja.

Di sana, jualan GR Corolla akan bermula sekitar September 2022. Pelancaran di Jepun sendiri ditetapkan pada separuh kedua tahun ini. Umumnya, hothatch ini akan dipasang di GR Factory yang terletak di kilang Toyota di Motomachi. Menariknya, produksi GR Corolla tidak akan terhad seperti GR Yaris kerana Toyota sendiri menyasarkan jualan sebanyak 6,000 ke 6,500 unit setiap tahun.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda