window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay?

Mersita · May 4, 2021 08:00 PM

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 01

Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru, baru sahaja melepaskan Subaru XV 2.0i-P 2021 ke pasaran Malaysia dengan beberapa penambahbaikan yang dialu-alukan.

Terdahulu, hanya Subaru XV GT Edition yang didatangkan dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Walau tak ramai yang gemar dengan kit badan GT Edition tersebut, ia merupakan satu-satunya varian yang ada fungsi infotainment canggih ini.

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, XV 2.0i-P terbaru ini didatangkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay pada sistem infotainmentnya dengan skrin bersaiz 8 inci – satu naiktaraf yang hebat bagi pemandu yang mahukan sambungan lancar untuk fungsi telefon pintar mereka.

Selain daripada naik-taraf infotainment, XV 2.0iP 2021 juga didatangkan dengan tempat duduk lebih premium, Leather Suede Deluxe – gabungan kulit berperincian mewah dengan material suede yang memberikan sentuhan ‘sporty’. Kombinasi warna hitam berkilat, hitam ‘matte’, warna perak serta perincian jahitan oren pada tempat duduk kereta ini menaikkan lagi seri ruang kabin.

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 01

Leather Suede Deluxe hanya boleh didapati pada varian XV 2.0i-P 2021, eksklusif untuk pasaran Malaysia dan Thailand.

Tambahan lagi, XV 2.0i-P 2021 terbaru ini didatangkan dengan rim aloi 17 inci. Varian ini didatangkan dalam 6 warna untuk dipilih – Pure White, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Cool Grey Khaki, and Sunshine Orange.

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 02

Tiada perubahan pada trenkuasa, dimana enjin dan kotak gear dibawa masuk dari XV terdahulu – teknologi Symmetrical All-Wheel Drive Subaru dan enjin ‘boxer’ 2.0 liter (156 PS/196 Nm), dipadankan dengan CVT.

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 03

XV facelift akan tiba tak lama lagi?

Walau bagaimanapun, suite ADAS iaitu Subaru EyeSight masih belum didatangkan dengan mana-mana varian tempatan. Tetapi, kita boleh jangkakan kehadirannya pada XV facelift nanti walaupun harganya akan jadi mahal sedikit.

Subaru XV 2.0i-P 2021 diperkenalkan, RM 3k ekstra untuk Android Auto & Apple CarPlay? 04

Subaru XV 2.0i-P 2021 dijual pada harga RM 131,788 (atas-jalan tanpa insurans) – peningkatan sebanyak RM 3,000 dari varian terdahulu.

Harga & Varian Subaru XV
Varian Harga
2.0i RM 117,788
2.0i-P RM 131,788
GT Edition 2.0i-P RM 136,788

Selain daripada tempat duduk yang lebih ‘fancy’, kelengkapan Android Auto dan Apple CarPlaylah yang anda akan dapat dengan bayaran ekstra ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda