window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021!

Faisal · Feb 4, 2021 05:00 PM

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 01

Anda ingat lagi Subaru Viziv Concept? Ia diperkenalkan kali pertama pada tahun 2019. Kini, sumber terbaru mengatakan bahawa ia akan membuat debut global sekitar Disember 2021.

Berdasarkan lakaran oleh media Jepun ini, kita boleh jangka bahawa kereta produksi (dikenali sebagai ‘Adrenaline’) nanti akan mengenakan bentuk SUV ala coupe.

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 02

Subaru Viziv Concept

Di samping itu, sumber turut mengatakan bahawa model terbaru ini akan diasas oleh Subaru Global Platform (SGP). Dikhabarkan juga bahawa ia akan dikuasai oleh enjin hibrid 2.0L e-Boxer (150 PS/196 Nm tork) ataupun enjin 1.8L turbo (177 PS/300 Nm tork).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 01

Dari segi dimensi, perbezaannya dengan Subaru XV boleh didapati di bawah:

Subaru 'Adrenaline' vs Subaru XV
Dimensi Subaru 'Adrenaline' Subaru XV
Panjang (mm) 4,490 4,465
Lebar (mm) 1,830 1,800
Tinggi (mm) 1,620 1,615

Apakah maksudnya buat Subaru?

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 02

Subaru XV sekarang. Ikuti rebiu kami di sini!

Walaupun belum muktamad, butiran awal mengenai model ini merujuk kepada sesuatu yang lebih sporty daripada Subaru XV.

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 03

Di Malaysia, Corolla Cross bakal memberi impak yang jauh lebih besar berbanding C-HR

Untuk pengetahuan anda, gerakan ini bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini sebenarnya turut dilakukan oleh Toyota melalui model C-HR dan Corolla Cross. Walaupun dengan penampilan yang berbeza, mereka berdua masih berkongsi trenkuasa dan casis yang sama.

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 04

Untuk maklumat anda, kedua-dua model tersebut menggunakan enjin 1.8L aspirasi natural (139 PS, 172 Nm tork) yang sama.

Subaru XV ala ‘coupe’ bakal membuat debut global pada Disember 2021! 05

Berapa harga Corolla Cross? Bilakah pelancarannya? Jawapannya di sini 

Selain itu, kedua SUV ini menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Namun begitu, suspensi belakang pada Corolla Cross menggunakan susunan torsion beam bagi meningkatkan aspek praktikaliti.

Walau apapun, agak menarik untuk melihat sesuatu yang berlainan dari Subaru memandangkan mereka tidak pernah mengecewakan sama sekali.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda