window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight!

Haris · Dec 20, 2021 03:30 PM

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 01

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar kenderaan Subaru di Malaysia kini tampil dengan kemaskini Subaru XV facelift 2022 yang terkini. Selepas 4 tahun penampilan pertama Subaru XV di pasaran Malaysia, Subaru XV akhirnya menerima naik taraf yang ditunggu-tunggu. Model ini dipasang secara tempatan di kilang pemasangan Tan Chong Motor Assemblies di Segambut.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 02

GT Edition menggunakan rim 17-inci khas, berbeza daripada unit standard varian 2.0 i-P EyeSight.

Terdapat 2 varian yang ditawarkan, berbeza seperti model pendahulu. Tiada lagi varian asas Subaru XV 2.0i yang pernah ditawarkan sebelum ini. 2 varian yang ditawarkan untuk Subaru XV facelift 2022 adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Subaru XV 2.0iP - RM 139,788
  • Subaru XV 2.0iP GT Edition - RM 146,788

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 01

Kesemua varian dipacu oleh enjin 4-silinder Boxer, 2.0 liter NA FB20D DOHC petrol yang sangat menggiurkan, mampu menghamburkan sehingga 156 PS dan 196 Nm.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 02

SUV kompak ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang memacu kesemua roda dengan teknologi Symmetrical AWD.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 03

Atas: Subaru XV GT Edition. Bawah: Subaru XV 2.0iP

2 lagi ciri Subaru XV yang menggiurkan adalah platform Subaru Global Platform (SGP) dengan padanan sistem gantungan double wishbone pada bahagian belakang. Kedua-duanya memberikan pemanduan Subaru yang tiada tandingan.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 04

Dari atas mengikut arah jam: spoiler GT Edition, lampu LED adaptif dan kamera Eyesight

Bahagian luaran Subaru XV facelift 2022 menampilkan beberapa kemaskini perincian secara kecil misalnya gril 'L' pada fasia hadapan yang direka semula, lampu hadapan LED dan rekaan bahagian belakang yang diberi kemaskini ringan. Penggunaan rim 17-inci baharu menyempurnakan keseluruhan rupa Subaru XV facelift ini.

Bergerak ke bahagian dalaman pula, Subaru XV facelift 2022 masih lagi ditawarkan dengan rekaan yang sama namun naik taraf bukanlah pada bahagian rekaan atau pemilihan bahan. Ia kini ditawarkan bersama mod pemanduan Dual X, yang melaras enjin, transmisi, pemisah tork AWD dan sistem brek untuk menangani keadaan jalan yang mencabar.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 05

Dari atas mengikut arah jam: Papan pemuka, skrin pendua Subaru Eyesight dan butang kawalan pada stereng

Mod 'Dual' bermaksud pemandu boleh memilih antara dua tetapan berbeza yang disesuaikan dengan keadaan pemanduan tertentu, iaitu tanah dan lumpur.

Butang 'S' bermaksud 'Sport' mampu memberi tujahan tork yang lebih tajam manakala 'I' untuk 'Intelligent' yang secara mudahnya merupakan ‘Eco Mode’ untuk Subaru.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 06

Turut hadir dengan pedal besi untuk lebih perasaan sporty

Untuk ciri keselesaan pula, sistem infotainment digital hadir dengan skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto, menyalurkan audio kepada 6 pembesar suara. Bagi mereka yang arif akan kemudahan ini, Subaru XV juga ditawarkan dengan lampu hadapan adaptif Steering Responsive Headlights (SRH) automatik serta pengelap cermin automatik.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 07

Ciri amaran tempat duduk hanya untuk pemandu pada kedua-dua varian.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 08

Kamera Eyesight

Semua varian Subaru XV facelift  2022 kini menerima sistem bantuan pemandu ADAS Subaru Eyesight yang dinanti-nantikan. Pakej Subaru Eyesight dilengkapi dengan ciri seperti:

  • Autonomous emergency braking
  • Adaptive cruise control dengan fungsi stop & go
  • Pre-collision throttle management
  • Lead vehicle start alert
  • Lane sway warning
  • Lane departure warning

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 09

Kamera 360-darjah hanya untuk GT Edition

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 10

XV GT Edition mendapat tempat duduk kulit khas

Untuk ciri keselamatan standard pula merangkumi 7 beg udara, ABS dengan EBD, TCS, ESC, Bantuan Mula Daki (HSA), sensor parkir depan belakang dan kamera 360 darjah.

Terdapat 6 pilihan warna sebagai pilihan iaitu kelabu cair Cool Grey Khaki, putih Pure White, perak Ice Silver Metallic, kelabu Dark Grey Metallic, jingga Sunshine Orange dan biru gelap Dark Blue Pearl.

Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight! 11

Atas: Subaru XV GT Edition. Bawah: Subaru XV 2.0iP

Subaru XV facelift 2022 ditawarkan dengan waranti standard Subaru merangkumi 5 tahun / 100,000 km. Subaru turut menawarkan dengan sistem telematik Subaru Connex terdiri daripada dua bahagian, sistem terbina dalam serta aplikasi mudah alih. Sistem terbina dalam akan membolehkan akses mudah ke pusat panggilan 24/7 khusus untuk meminta bantuan dengan mudah apabila diperlukan.

Baca: Subaru dengan enjin boxer dan symmetrical AWD, baloi ke beli kereta jenis ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda