window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022?

Faisal · Feb 10, 2021 05:00 PM

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022? 01

Kerjasama Toyota dan Subaru nampaknya semakin rancak. Pada mulanya, mereka menghasilkan kereta kembar melalui Toyota 86 dan Subaru BRZ. Baru-baru ini, kereta sport tersebut sudahpun memasuki generasi kedua. Kini, mereka sekali lagi ingin bekerjasama untuk membangunkan sebuah hothatch AWD.

Apa maklumat yang ada?

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022? 02

Subaru WRX STI generasi sekarang

Bagi anda yang belum tahu, nama ‘Impreza’ dikeluarkan dalam bentuk sedan dan hatchback. Nama ‘WRX’ pula hanya diberi untuk sedan.

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, Subaru Impreza generasi ketiga (GRB) adalah hatchback pertama yang menggunakan nama ‘WRX STI’.

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022? 01

Impreza Sport

Menurut sumber, hothatch ini bakal membangkitkan semula legenda Impreza WRX STI hatchback. Dimensi buat hothatch ini juga dikabarkan serupa dengan Subaru Impreza Sport sekarang. Sebagai rujukan, inilah saiz Impreza Sport jika dibandingkan dengan Toyota GR Yaris:

Dimensi Impreza Sport vs GR Yaris
Model Impreza Sport GR Yaris
Panjang (mm) 4,475 3,995
Lebar (mm) 1,775 1,805
Tinggi (mm) 1,515 1,445
Jarak roda (mm) 2,670 2,560

Selain itu, hothatch terbaru ini akan menggunakan sistem AWD yang berbeza dengan GR Yaris. Adakah ini merujuk kepada sistem Subaru Symmetrical AWD?

Di samping itu, ia dijangka hadir dengan enjin Boxer.

Subaru-Toyota bakal cipta hothatch AWD – Impreza WRX STI hatchback pada tahun 2022? 02

Mungkinkah seperti ini?

Walau apapun, model ini dijangka membuat debut global pada lewat tahun 2022. Dengan gosip mengenai Subaru XV ‘coupe’ baru-baru ini, makin tak sabar kita untuk melihat apa lagi yang bakal dilancarkan oleh syarikat dari Hiroshima ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2017 Subaru WRX 2.0 CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda