window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global

Faisal ยท Sep 1, 2022 06:00 PM

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 01

Pengguna jalan raya di Malaysia pada tahun 2023 nampaknya perlu bayar lebih untuk petrol RON95 dan diesel kerana kerajaan dijangka menggugurkan sistem subsidi sedia ada. Disebabkan itu, petrol RON95 dan diesel mungkin akan ikut harga minyak mentah global.

Pada masa yang sama, Maybank Investment Bank (Maybank IB) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa tahun 2023 akan ada kenaikan mendadak buat harga petrol RON95 dan diesel.

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa sekarang, Kementerian Kewangan sudahpun menguji mekanisme subsidi bersasar. Cubaan ini telahpun bermula pada Julai lalu dan ia dijangka beransur dalam tempoh 6 bulan.

Juga bacaTaknak T20 guna, k'jaan dah mula ujian percubaan subsidi minyak bersasar melalui e-wallet!

Menurut jangkaan Maybank IB, dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022 nanti akan ada satu kemaskini.

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 01

Berdasarkan laporan dari Berita Harian, Maybank IB meramalkan bahawa kadar inflasi 2022 akan jatuh kepada 3.3% berbanding 3.4% yang dinyatakan sebelum ini.  Kadar inflasi untuk 2023 pula dijangka turun kepada 4% berbanding ramalan 4.1% yang dibuat sebelum ini.

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 02

Penjelasannya adalah analisis ini mengambil kira kesan rasionalisasi buat subsidi harga yang telah diumumkan dan ia telahpun dijangka untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 03

Untuk makluman anda, Menteri Kewangan Tengku Zafrul ada memberitahu di Twitter beliau bahawa Malaysia sebenarnya antara negara yang mengalami kadar inflasi terendah di dunia. Perkara ini sebahagiannya disebabkan oleh subsidi tinggi yang mana ia mungkin mencecah RM 80 bilion dalam masa terdekat.

Juga bacaSistem subsidi minyak sedia ada tak mampu ditampung, kos makin naik - Tengku Zafrul

Subsidi akan dirombak, RON95 & diesel di M'sia pada 2023 dijangka ikut harga pasaran global 04

Setakat Ogos, kerajaan telah memperuntukkan RM 77.7 bilion subsidi dan subsidi bahan api sahaja merangkumi RM 41.7 bilion.

Kalau anda nak tahu, tanpa subsidi, Department of Statistics Malaysia (DOSM) mendapati bahawa kadar inflasi Malaysia mungkin cecah 12%.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda