window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia!

Khairil · May 20, 2022 03:30 PM

 

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 01

Dua model jenama terkemuka Itali, Aprilia yang kerap kali dicanang bakal memasuki pasaran tempatan iaitu skuter Aprilia SR-GT 200 dan jentera 'off-road' Aprilia Tuareg 660 (2022) akhirnya secara rasmi tiba di tanah air.

Pelancaran dua model berkenaan dilakukan oleh pengedar tunggal jenama Aprilia di Malaysia, Didi Group hari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 01

Aprilia SR GT 200 (Standard)

Tampil sebagai antara model yang dijangka mendapat perhatian adalah SR GT 200 iaitu model skuter bergaya 'Urban Adventure'  yang cukup popular ketika ini.

Ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, Aprilia SR GT 200 didatangkan dengan dua varian iaitu Standard dan Sport.

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 02

Aprilia SR GT 200 (Sport)

Penawaran pasaran Malaysia adalah seperti berikut:

Aprilia SR GT 200 (Standard) - RM 19,900 (asas)

  • Pilihan warna - Aprilia Black, Infinity Blue, Street Grey
  • Kemasan - Rim aloi warna hitam, jahitan benang pelana warna perak

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 03

Aprilia SR GT 200 (Sport) - RM 20,900 (asas)

  • Pilihan warna - Street Gold, Red Raceway, Iridium Grey 
  • Kemasan - Rim aloi, jahitan benang pelana warna merah

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 04

Spesifikasi trenkuasa kedua-dua varian adalah sama iaitu menggunakan enjin bersesaran 174 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan transmisi automatik CVT.

Model yang menggunakan kerangka jenis 'double cradle' ini menghasilkan kuasa setinggi 17.4 Hp pada 8,500 rpm dan tork 16.5 Nm pada 7,000 rpm.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 05

Sebagai model buatan Itali, Aprilia SR GT 200 mempunyai rekaan yang cukup ranggi dan sporty. 

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 06

Sistem suspensi jenis fork teleskopik 33 mm Showa dengan jarak travel 120 mm dengan penyerap hentak berkembar dengan jarak travel 102 mm (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz 260 mm (depan) dan 220 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 07

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Lampu LED penuh termasuk lampu siang (DRL)
  • Panel meter digital LCD
  • Sistem enjin start/stop
  • Visor angin
  • Set roda: 110/80-14 (depan), 130/70-13 (belakang)
  • Berat 148 kg
  • Kapasiti bahan api 9 liter 
  • Tinggi pelana 799 mm 
  • Dimensi: 1,920 mm (panjang), 765 mm (lebar), 1,295 mm (tinggi)

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 08

Aprilia Tuareg 660

Untuk jentera 'off-road' Aprilia Tuareg 660, harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM 75,000 (asas).

Pilihan warna yang ditawarkan ada 3 iaitu:

  • Indaco Tagelmust, Acid Gold, Martian Red 

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 09

Aprilia Tuareg 660 dipadankan dengan enjin bersesaran 660 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 4 Lejang, 8 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan teknologi klac Assist & Slipper (A&S).

Kuasa yang dihasilkan adalah 80 Hp pada 9,250 rpm dan tork 70 Nm pada 6,500 rpm.

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 10

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) jenama KYB 43 mm dengan jarak travel 240 mm dan menyerap hentak tunggal KYB dengan jarak travel 240 mm lengkap dengan ciri boleh laras.

Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 300 mm (depan) dan cakera tunggal bersaiz 260 mm (belakang) bersama kaliper daripada jenama Brembo.

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 11

Sebagai antara model berteknologi Aprilia, Tuareg 660 dipadankan dengan ciri hebat seperti memiliki 4 mod tunggangan (2 khas untuk off-road), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) boleh nyah aktif untuk kedua-dua roda atau road belakang sahaja, sistem canggih APRC yang lengkap Kawalan Traksi, Kawalan Jelajah, Pemetaan Enjin dan Brek Enjin.

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 12

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Panel meter TFT berwarna 5 inci
  • Kapasiti bahan api 18 liter
  • Tinggi pelana 860 mm
  • Berat 204 kg
  • Set roda: 90/90-21 (depan), 150/70-18 (belakang).

Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia! 13

Kepada yang berminat, Aprilia Malaysia sudah pun memiliki stok untuk Tuareg 660 di bilik pameran namun untuk Aprilia SR-GT 200, ia akan mula tiba di bilik pameran Aprilia Malaysia pada Julai ini.

Juga baca: Didi Group lancar Aprilia RSV4 1100 Factory (2022) di Malaysia, harga asas RM 169.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda