window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta

Mersita · Jul 10, 2021 11:59 AM

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 01

Lihat saja mana-mana bebenang tentang DCT (dual-clutch transmission) di media sosial, anda pasti akan lihat debat yang panjang lebar di kalangan netizen. Ada dikalangan mereka yang benar-benar tidak setuju dengan penggunaan DCT, dan ada pula segelintir yang mempertahankannya.

Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut, jom kita kaji dulu – apa itu DCT?

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 02

Kredit foto: Engineering Insider

Sesuai dengan namanya, ‘dual-clutch transmission’ atau transmisi dwi-klac mempunyai dua klac berasingan; salah satunya untuk gear set ganjil dan yang satu lagi untuk gear set genap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan DCT boleh memilih gear genap terlebih dahulu semasa kenderaan berada di gear ganjil (atau sebaliknya), masa yang diperlukan untuk beralih gear lebih pantas berbanding kotak gear auto ‘torque converter’ ataupun manual.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 01

Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan DSG

Video di bawah daripada Best Motoring dengan jelasnya menunjukkan kelebihan-kelebihan DCT berbanding kotak gear manual biasa.

Ia jelas menampakkan yang kotak gear manual tidak setanding DCT, walaupun bagi pemandu kereta lumba.

Oleh itu, nampak gayanya DCT-lah yang juara, bukan? Sabar, ada aspek lain yang anda perlu tahu.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 02

DCT, ataupun DSG bagi Volkswagen, berfungsi pada tahap paling optimum pada kelajuan lebih tinggi dan ianya menurun ketika dipandu dalam keadaan trafik sesak atau perlahan.

Jika anda cuba memandu kereta dengan sistem DCT dalam aliran trafik sesak, ia akan terasa tersekat-sekat atau bergetar.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 03

Inilah sebabnya mengapa ramai pemandu mengadu tentang pengalaman kurang memuaskan dengan kereta dilengkapi DCT/DSG. Kumpulan ini bukan sahaja akan mengkritik transmisi DCT habis-habisan, namun mereka juga akan cuba meyakinkan orang ramai bahawa DCT tidak tahan lama berdasarkan pengalaman buruk mereka.

Baca juga: Serendah RM 32k, adakah berbaloi untuk anda beli VW Jetta terpakai?

Tapi, boleh ‘pakai’kah kritikan dan nasihat mereka?

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 04

Kalau nak diikutkan, apabila DCT perlahan-lahan mengambil tempatnya di kalangan kereta-kereta ‘mainstream’ seperti Ford dan Volkswagen, ramai pemandu yang berpendapat DCT adalah sistem transmisi ideal.

Lagipun, dengan peralihan gear yang pantas berbanding transmisi auto ‘torque converter’ dan manual, bunyinya macam hebat, bukan?

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 05

Tak lama selepas itu, ruangan komen di laman media sosial pengeluar kereta-kereta ini dipenuhi dengan aduan pelanggan yang kurang berpuas hati terhadap kualiti unit mekatroniknya – kebanyakannya mengadu tentang ketidaktahanan kereta mereka.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 06

Secara tidak langsung, timbunan aduan ini memberi kesan kepada imej jenama-jenama yang menggunakan DCT/DSG. Jenama terlibat terpaksa meredakan kegusaran ini bagi menawan semula kepercayaan para konsumer.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 07

A-Class Sedan dilengkapi dengan DCT 7-kelajuan

Sejak itu, Ford telah menghentikan jualan kenderaan dilengkapi DCT, manakala Volkswagen masih lagi menawarkan model-model dengan DSG. Volkswagen sejak itu telah menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan transmisi DSG keluarannya.

Malah, Mercedes-Benz juga menawarkan model kereta dilengkapi dengan transmisi auto jenis DCT di dalam barisan model keluarannya seperti A-Class, GLA-Class, dan GLB-Class.

Suka atau tidak, penggunaan DCT masih lagi bertahan walaupun sejarahnya dicemari pelbagai kegusaran di kalangan pengguna terdahulu.

Adakah usaha mereka untuk memulihkan semula reputasi DCT berkesan?

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 08

Masa kini, melainkan Ford yang hanya menjual Ranger, aduan di laman media sosial Volkswagen sudah semakin reda berbanding masa dahulu.

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 09

Malah, Proton pun sudah berjinak-jinak dengan DCT menerusi model dipasang tempatan (CKD) mereka iaitu Proton X70 dan Proton X50. Dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan daya tahan jangkamasa lama, sistem DCT Proton ditala untuk berkelakuan serupa auto ‘torque converter’.

Oleh itu, patutkah anda beli kereta dengan DCT?

Suka atau tidak, transmisi dual-clutch 'DCT' akan terus jadi pilihan pengeluar kereta 10

Kami berpendapat yang keputusan ini bergantung kepada gaya pemanduan dan perjalanan harian anda.

Jika pemanduan harian anda seringkali melibatkan aliran trafik sesak dan perlahan, mungkin DCT tidak sesuai bagi anda. Walaupun masalah berkait sudah diselesaikan, kebanyakan sistem DCT masih lagi belum setanding transmisi auto biasa ataupun CVT di dalam keadaan trafik perlahan.

Walau bagaimanapun, jika perjalanan anda banyak melibatkan laluan tanpa kesesakan teruk dan aliran trafik lancar, kereta dengan DCT sememangnya sesuai untuk anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda