window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sumbat anak tiri dalam bonet nak pergi Tesco, kantoi di roadblock PKP

Mersita ยท Feb 18, 2021 07:00 PM

Sumbat anak tiri dalam bonet nak pergi Tesco, kantoi di roadblock PKP 01

Seperti yang semua sudah sedia maklum, kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini adalah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. Tambahan pula, hanya dua orang dibenarkan berada di dalam satu kereta semasa pelaksanaan ini dilakukan.

Namun, ada yang banyak akal apabila hendak ke sana ke mari dikala kita bergelut dengan wabak COVID-19. Akhbar NST melaporkan satu kejadian dimana seorang kanak-kanak lelaki ditemui di dalam bonet sebuah kereta jenis Proton Waja semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota sekatan jalan raya (SJR) di Butterworth Kulim Expressway (BKE) pada petang semalam (17 Febuari 2021).

Kereta tersebut dipandu oleh ibu tiri kanak-kanak tersebut dan berada di tempat duduk penumpang kereta itu pula adalah rakan kepada kanak-kanak yang berada di dalam bonet kereta itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumbat anak tiri dalam bonet nak pergi Tesco, kantoi di roadblock PKP 01

Sumber

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata semasa pemeriksaan dilakukan, pemandu wanita tersebut memberitahu anggota polis bertugas yang mereka sedang menghala ke Tesco Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Anggota polis yang menjaga SJR tersebut kemudiannya mengarahkan wanita itu untuk berhenti di sisi jalan untuk pemeriksaan lanjut. Anggota itu mengarahkan pemandu supaya membuka bonet kereta dan akhirnya menemui anak tiri wanita itu yang bersembunyi di dalamnya.

Shafee berkata wanita itu dikenakan kompaun kerana gagal menunjukkan permit sah untuk merentas daerah dan diarah untuk berpatah balik ke Seberang Jaya.

Namun, hari ini Menteri Kanan Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob melalui Sidang Media Khas mengumumkan yang jumlah penumpang di dalam kereta sudah dibenarkan untuk mengikut kapasiti kenderaan lantas membatalkan had dua orang di dalam satu kereta bermula esok, 19 Febuari 2021.

Sumber berita: New Straits Times

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda