window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya

Khairil ยท Dec 10, 2020 03:00 PM

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 01

Bukan bersara, tetapi berehat buat sementara waktu. Itu kenyataan terbaru pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selepas dia dilaporkan mahu menggantung sut lumbanya, baru-baru ini.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 02

Sumber imej: https://www.facebook.com/sportperson89

Memetik laporan Berita Harian, pelumba yang diberi julukan SuperKip itu berkata  jika berpeluang, dia bersedia untuk kembali beraksi di litar termasuk di pentas dunia.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Saya mahu berehat sementara waktu dan memberi tumpuan kepada perkara lain terutama membantu ayah di kampung," kata pelumba berusia 22 tahun itu.

"Perancangan sekarang saya mahu cuba bidang e-sukan dalam permainan PUBG (PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) dan dalam usaha untuk menubuhkan pasukan bersama dengan rakan yang lain.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 01

"Jika ada rezeki dan peluang, saya pasti akan kembali berlumba nanti."

Khairul Idham beraksi bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing musim ini tetapi kontraknya tidak dilanjutkan selepas mengharungi prestasi tidak menentu susulan kecederaan yang dihadapinya.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 02

Mengulas lanjut, pelumba kelahiran Batu Gajah Perak ini turut mendedahkan dia ada mendapat tawaran daripada pasukan yang beraksi dalam Kejuaraan CEV Eropah bagi meneruskan kerjayanya di litar tetapi berdepan masalah dari aspek kewangan.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 03

"Masalahnya adalah penajaan menyebabkan saya terpaksa membatalkan hasrat terbabit dan pulang ke kampung," katanya.

SuperKip buat 'pusingan U', tak jadi bersara sepenuhnya 04

Untuk rekod, Khairul Idham adalah pelumba Malaysia pertama yang berjaya menjuarai Grand Prix Argentina dan Jerman dalam kategori Moto3 pada 2016.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda