window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula!

Haris ยท Sep 26, 2022 05:00 PM

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula! 01

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melancarkan surau bergerak yang diubahsuai daripada sebuah pejabat bergerak milik pihak berkuasa tempatan itu. Surau bergerak ini merupakan hasil ubahsuai oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL.

Menurut hantaran Facebook DBKL, kemudahan ini akan diletakkan di lokasi yang sesuai dan digunakan oleh orang ramai di program-program luaran DBKL.

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah melancarkan surau bergerak itu bersama-sama dengan unit kenderaan Rapid Response Vehicle (RRV) di perkarangan Menara DBKL1, Jalan Raja, semalam.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, surau bergerak ini dibangunkan menggunakan lori 10 tan serta dilengkapi pendingin hawa serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula! 01

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula! 02

"Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

"Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad,โ€ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya di sini pada Ahad.

Dalam satu perkongsian, seorang pengguna mengatakan bahawa surau bergerak ini merupakan hasil kerja staf DBKL sendiri, menggunakan semula kenderaan yang mahu dilupuskan. Justeru, tiada isu kontraktor luar atau tender dibuka untuk menghasilkannya.

Surau bergerak inisiatif terbaru DBKL - muat 10 jemaah, kenderaan lupus yang diguna semula! 03

Rapid Response Vehicle (RRV) pula adalah kenderaan yang digunakan oleh Skuad Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL bagi menyelesaikan aduan yang diterima seperti pokok tumbang, tumpahan minyak dan haiwan berbisa.

Setiap RRV dilengkapi dengan peralatan khas seperti gergaji rantai, kapak, habuk papan dan pakaian anti lebah yang digunakan dalam menyelesaikan aduan yang diterima.

Baca: Langkah lebih mesra alam dipertimbangkan, DBKL mahu tutup Jalan TAR kepada lalu lintas setiap Ahad

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda