window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Susu Nilofa jadi bahan gurauan - wanita lapor gangguan seksual, pegawai polis nafi

Mersita ยท Mar 29, 2021 02:00 PM

Susu Nilofa jadi bahan gurauan - wanita lapor gangguan seksual, pegawai polis nafi 01

Gambar hiasan

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam, pihak mereka akan menyiasat tentang satu dakwaan tular di media sosial mengenai kejadian yang berlaku di Sekatan Jalan Raya (SJR) di persimpangan keluar Putrajaya melibatkan seorang pegawai polis yang dikatakan mengeluarkan kata-kata berbaur seksual dan kurang sopan terhadap seorang pemandu wanita.

Susu Nilofa jadi bahan gurauan - wanita lapor gangguan seksual, pegawai polis nafi 02

Pemandu wanita berkenaan memuatnaik satu ciapan menceritakan kejadian yang berlaku padanya ketika ditahan di SJR berkenaan pada 9.05 pagi pada Sabtu lalu (27 Mac). Wanita itu disoal pegawai polis berkenaan tentang tujuan perjalanannya dan wanita itu menjawab “nak pergi deliver (hantar) susu Nilofa.”

Wanita tersebut mendakwa yang pegawai polis berkenaan membalas dengan ayat “u (awak) perah sendiri ke susu tu?”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Susu Nilofa jadi bahan gurauan - wanita lapor gangguan seksual, pegawai polis nafi 01

Pemandu wanita berkenaan nyata tidak berpuas hati dengan soalan kurang sopan yang diajukan kepadanya. Tambahan pula, wanita itu berkata askar dan polis trafik di sana ketawa dengan soalan diajukan pegawai polis berkenaan.

Setelah ciapan itu dimuatnaik, pegawai polis berkenaan membuat laporan polis bagi melindungi dirinya dan mendakwa dakwaan pengadu tersebut adalah tidak benar dan beliau sebaliknya bertanyakan berkenaan produk susu tersebut dengan ayat “You (awak) buat sendiri ke susu tu?”

Petugas lain termasuk Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di lokasi kejadian juga telah disiasat dan menafikan berlakunya gangguan seksual sebagaimana dakwaan wanita tersebut.

Susu Nilofa jadi bahan gurauan - wanita lapor gangguan seksual, pegawai polis nafi 02

Pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, siasatan akan diteruskan setelah mendapat Perintah Penyiasat (O.T.I) daripada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara sebagaimana peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 108(2) Kanun Prosedur Jenayah.

Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan dirujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada Insp. Muhammad Shamin bin Abdul Qasim (Pegawai Penyiasat) di talian 03-8886 2068, Pusat Kawalan Daerah Putrajaya di talian 03-8886 2145 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Baca juga: Persoal gadis tak pakai bra di ‘roadblock’ PKP, dua polis digantung tugas

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda