window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'!

Khairil ยท Jan 11, 2023 01:00 PM

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 01

Seperti jangkaan, ramai yang 'geleng kepala' apabila mengetahui 'kebenaran' membabitkan kemalangan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, arah ibu negara, baru-baru ini.

Jika mengikut laporan polis, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mereka terbabas selepas gagal mengelak sebuah kenderaan di hadapan yang dikatakan sedang menukar haluan.

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 02

Imej kemalangan membabitkan 5 motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak, baru-baru ini. Sumber imej: Media Sosial

Tetapi pendedahan lain yang turut terdedah adalah hanya seorang daripada lima penunggang terbabit mempunyai lesen penuh atau B Full untuk motosikal melebihi 250 cc, manakala yang lain tidak hanya mempunyai lesen B (bawah 250 cc).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih mengejutkan, seorang daripada mangsa dikatakan tidak mempunyai lesen.

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 01

Imej kemalangan membabitkan 5 motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak, baru-baru ini. Sumber imej: Media Sosial

Kepada yang 'terang mata' terhadap isu ini, ia sememangnya bukan sesuatu yang baharu dan laluan di lebuh raya berkenaan sememangnya menjadi 'mainan' kepada golongan berkenaan.

Begitupun bagi seorang pakar, isu itu nampaknya lebih besar dan punca kepada masalah itu perlu dibahaskan secara mendalam oleh pihak berkuasa terutama dari sudut penguatkuasaan. 

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 02

Prof. Madya Dr. Law Teik Hua

Memetik laporan Sinar Harian, seorang pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua memberi cadangan kepada kerajaan supaya menguatkuasakan satu peraturan baharu untuk membendung situasi itu daripada berulang.

Cadangannya adalah hanya mereka yang mempunyai lesen B penuh atau 'B Full' sahaja dibenarkan untuk membeli motosikal berkuasa tinggi melebihi 250 cc dan mendaftarkannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 03

"Dengan cara itu, kita akan dapat memastikan mereka yang benar-benar terlatih dan mahir sahaja boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi. Menerusi kaedah itu, JPJ boleh menolah permohonan pendaftaran motosikal berkenaan sekiranya pemiliknya tiada mempunyai nama dalam senarai mempunyai lesen penuh," katanya.

Teik Hua dalam nada lebih tegas berkata, kaedah berkenaan sepatutnya sudah dikuatkuasakan sejak dahulu lagi.

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 04

Gambar hiasan

"Kenapa kita tak buat. Selepas sesuatu tragedi berlaku, barulah kita nak ambil tahu," katanya dalam laporan berkenaan.

Membicarakan isu itu secara lebih mendalam, pakar berkenaan turut mendakwa penguatkuasaan membabitkan lesen motosikal berkuasa tinggi di negara ini masih lemah susulan kejadian yang berlaku.

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 05

Gambar hiasan. Sumber imej: Metro Driving Academy

"Pemilik motosikal berkuasa tinggi kebanyakannya datang daripada golongan berkemampuan, tetapi mengapa mereka tidak mahu mengambil lesen. Ini kerana penguatkuasaan kita lemah," katanya.

Selain itu, Teik Hua turut menegaskan yang pemilik motosikal berkuasa tinggi sepatutnya tidak berhak untuk mendapat kemudahan seperti motosikal di bawah 250 cc termasuk kemudahan laluan sikal.

Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'! 06

Gambar hiasan. Sumber imej: DSF.my

"Malah mereka sepatutnya perlu membayar tol ketika melalui lebuh raya. Mereka mampu membeli motosikal yang ada antarabanya lebih mahal daripada kereta. Jadi sepatutnya mereka boleh membayar tol. 

"Mereka juga sama dengan pemilik kereta dan lori. Tidak boleh sewenang-wenangnya boleh menyelit sana sini kerana saiz motosikal yang besar," katanya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda