window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah?

Mersita · Oct 20, 2020 06:00 PM

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 01

Sedang kita di sini sibuk dengan kehadiran Proton X50, rakan kita di Filipina pula sedang bersiap-siaga untuk menerima kehadiran Geely Okavango – model yang berdasarkan SUV bersaiz besar, Geely Haoyue.

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 02

Okavango dilihat baru-baru ini di Filipina. Kredit: Itos Lelina

Sojitz G Auto Philippines, pengedar rasmi kereta Geely di sana, mengesahkan yang SUV tersebut akan diperkenalkan kepada media pada 2021. Tempahan untuk SUV 7 tempat duduk itu dibuka sejak 17 Oktober di Filipina.

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumber sama juga melaporkan yang Okavango akan dilengkapi dengan enjin turbo 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac jenis basah (DCT) 7 kelajuan. Atas kertas, spesifikasi ini sama dengan X50.

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 01

Dibantu dengan sistem hibrid sederhana 48V, Okavango dilaporkan boleh menjana 190 PS dan 300 Nm. Yang menariknya, tren kuasa ini tidak boleh didapati di pasaran China.

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 02

Selain dari itu, SUV itu juga dikatakan mempunyai 6 beg udara, kamera 360 darjah, penghawa dingin 3 zon serta ruang kabin yang luas – cukup luas sehingga boleh memuatkan penumpang berketinggian 190 cm di barisan ketiga.

Beberapa info ringkas tentang Haoyue/Okavango

2020 Geely Haoyue Exterior

Badannya sememangnya besar – lebih besar daripada Hyundai Santa Fe tapi pendek sedikit berbanding Mazda CX-8. Tapi, model Geely ini lebih lebar dan lebih tinggi daripada kereta Mazda itu.

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 04

Di China cuma ada satu jenis tren kuasa iaitu enjin 4 silinder berpengecas turbo 1.8 liter yang dipadankan dengan DCT basah 7 kelajuan – kombinasi yang sama dengan Proton X70 CKD kita.

2020 Geely Haoyue Space

Ruang kaki 1 meter untuk barisan kedua; cukup luas untuk penumpang dewasa berketinggian 190 cm di barisan ketiga

Bergantung kepada varian, pembeli boleh dapatkan kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin sentuh terapung dengan sistem infotainmen GKUI, sistem penapisan udara kabin PM 2.5, 42 ruang simpanan kabin, 19 konfigurasi tempat duduk dan yang paling best – sunroof panoramik 60 inci!

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 06

Nampak hebat, kan? Perancangan untuk Malaysia ada?

SUV gergasi Geely Haoyue tiba di Filipina dengan nama pelik – Model baru Proton kah? 07

Geely Jiaji, model yang kami rasakan Proton patut ada secepat mungkin.

Buat masa sekarang, perancangan untuk Haoyue memasuki barisan kereta Proton belum dapat dipastikan lagi. Perlu diingatkan yang Proton hanya ada hak intelektual bagi 3 model Geely iaitu Boyue (Proton X70), Binyue (Proton X50), dan juga Jiaji (MPV Proton).

Bagi yang dah jatuh cinta dengan Haoyue, tunggu sajalah perkembangan dari Proton yang seterusnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Geely Hao Yue 1.8TD+7DCT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda