window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021

Zamil Syaheer · Oct 22, 2021 06:00 PM

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 01

Walaupun SUV hibrid Haval H6 HEV baru sahaja dilancarkan di Thailand pada bulan Jun 2021, SUV terlaris di China ini juga laku keras negara gajah putih. Ia beralih dari SUV segmen C kedua paling popular di negara ini pada bulan Julai untuk merebut gelaran pada bulan Ogos.

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 02

Sepanjang tahun ini, pertempuran posisi nombor satu SUV segmen C di Thailand adalah diantara Honda CR-V dan MG HS. Dalam tempoh masa dua bulan, Haval H6 telah berjaya menurunkan takhta CR-V dengan 408 unit terjual pada bulan Ogos.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 01

Sumber: Headlight Mag

Sementara itu, Honda CR-V sudah jatuh dua anak tangga pada bulan kelapan tahun ini untuk menduduki tempat ketiga dengan penjualan sebanyak 280 unit. MG HS pula berada diantara dua SUV ini, menduduki tempat pertama dengan 300 unit terjual.

Sebahagian daripada sebab mengapa Honda CR-V tergelincir dua anak tangga ke bawah mungkin disebabkan oleh kekurangan cip yang mempengaruhi pengeluaran dan penghantaran.

Juga baca: Bekalan cip dari Malaysia putus, syarikat kereta Jepun potong 1 juta pengeluaran

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 02

Namun, CR-V berjaya bertahan di kedudukan nombor satu tahun ini dengan 3,265 unit terjual dalam lapan bulan pertama. Ini diikuti oleh MG HS dengan 2,981 unit dan Subaru Forester dengan 1,364 unit.

Juga baca: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 03

Haval pula berjaya menjual sebanyak 728 unit model H6, meletakkannya di tempat keempat. Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan kerana jenama ini masih baru di negara ini. Syarikat induk Haval, Great Wall Motor (GWM) mempunyai pelan rancangan bercita-cita tinggi dalam usaha untuk menjadikan Thailand sebagai hab automotifnya di Asia Tenggara.

Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021 04

Selain dari Haval H6, GWM juga merancang untuk membawa Ora Good Cat EV ke Thailand tidak lama lagi. Kami berminat untuk mengetahui bagaimana pengalaman pemanduan EV unik ini.

Juga baca: Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda