window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k?

Haris · Mar 1, 2023 09:00 AM

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k? 01

Umum mengetahui bahawa Mitsubishi bakal hadir dengan SUV kompak baharu selepas menamatkan pengeluaran Mitsubishi ASX.

SUV baharu ini telah dipamerkan melalui Mitsubishi XFC Concept bermula Vietnam Motor Show 2022 dan terkini, Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 maka ada peluang untuk ia menyusul ke Malaysia.

Menurut laporan daripada Autofun.id, SUV kompak tersebut dijangka bakal berkongsi platform dengan model MPV terlaris, Mitsubishi Xpander.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k? 01

"Untuk menjadikannya kompetitif dan berdaya saing dengan pesaing terdekat, versi pengeluaran XFC Concept dibina menggunakan platform yang sama seperti Xpander dan Xpander Cross. Selain platform, enjin yang digunakan juga sama," ujar sumber yang tidak mahu dikenali itu.

Berdasarkan tinjauan, harga Mitsubishi Xpander adalah pada RM99,980 justeru ini memberi kemungkinan bahawa XFC Concept versi produksi juga menyasarkan harga mampu milik.

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k? 02

Sungguhpun begitu, prototaip Mitsubishi XFC Concept turut mempamerkan ruang kabin dalaman yang lebih mewah dan pendekatan ini berbeza dengan pesaing Honda WR-V lantas meletakkan Mitsubishi di posisi harga yang berbaloi dengan wang berbanding penawaran paling murah dalam kelasnya.

Baca: 2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba!

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k? 03

Bumbung suria panorama memberikan perasaan luas

Identiti reka bentuk bahagian hadapan Mitsubishi XFC Concept masih mengekalkan identiti model Mitsubishi lain dengan Dynamic Shield tetapi sentuhan kemewahan di bahagian luar seperti rekaan bumbung terapung dan kehadiran bumbung suria panoramik membuatkan ia satu tahap di atas pesaing.

Baca: Mitsubishi XFC Concept didedah - ini prebiu Mitsubishi ASX yang diidamkan untuk ASEAN?

SUV kompak baharu Mitsubishi kongsi enjin dan platform dengan Xpander, harga sekitar RM 100k? 04

Mitsubishi XFC Concept juga menjanjikan pengalaman pemanduan yang mantap dalam semua keadaan - 4 mod pemanduan diberikan iaitu Normal, Wet, Gravel, dan Mud.

Untuk pengetahuan anda, mod "Wet" yang pertama kali diperkenalkan dalam model Mitsubishi Motors, direka dengan mempertimbangkan penggunaan di negara-negara ASEAN, seperti keadaan jalan raya yang tiba-tiba dibanjiri hujan lebat.

Ujian atas jalan sudah dimulakan untuk Mitsubishi XFC Concept ini oleh itu mari kita sama-sama nantikan versi pengeluaran sebenar SUV kompak baharu ini! Foto: Autofun.id

Baca: Spyshot: Mitsubishi pandu uji SUV baharu pengganti ASX, bakal dilancarkan tahun 2023?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Mitsubishi ASX 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda