window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD!

Haris Β· Mar 26, 2022 08:00 PM

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 01

Mazda Vision Coupe

Mazda nampaknya telah mengecewakan beberapa peminatnya dengan membatalkan spekulasi Mazda 6 generasi seterusnya yang dikatakan akan dibangunkan dengan susunan pacuan roda belakang (RWD), berasaskan platform Mazda RWD Large Architecture.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 02

Sumber: Kolesa.ru

Sejak dua tahun lalu, media Jepun telah melaporkan spekulasi bahawa Mazda sedang membangunkan Mazda 6 generasi seterusnya dan ia bukan sekadar rekaan yang jauh lebih elegan. Pengganti yang dirancang itu turut dilaporkan sebagai sedan yang 'dipacu peminat' dengan susunan pacuan belakang RWD dan kuasa dari enjin 6-silinder sebaris, seperti zaman kegemilangan industri automotif Jepun dahulu.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 03

Mazda Vision Coupe, pratonton Mazda 6 generasi seterusnya

Walau bagaimanapun, ketika dunia beralih daripada sedan dan kenderaan berprestasi tinggi kepada SUV elektrik dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi, Mazda telah memutuskan untuk membatalkan sebarang pembangunan lanjut terhadap Mazda 6 generasi seterusnya. Maklumat ini disahkan oleh bos pembangunan dan kejuruteraan Mazda Eropah, Joachim Kunz ke laman Autocar.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Adalah sangat bagus... untuk memiliki konsep FR (enjin depan, pacuan belakang) dan enjin 6-silinder untuk pengganti Mazda 6 atau coupé sport yang besar. Kami ingin memilikinya, tetapi pada masa ini , perkara yang lebih paling penting adalah untuk menjual SUV," ujar Kunz kepada penerbitan British.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 01

Tiada yang mampu menafikan SUV untuk Mazda

Kenyataan seterusnya yang diucapkan oleh Kunz mungkin makin menambah garam kepada luka peminat kereta jadi amaran awal ini mungkin diperlukan. Beliau kemudiannya menambah, “Trend SUV ini akan berterusan, dan lebih-lebih lagi untuk Mazda. Itu yang paling laris.”

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 02

Mazda 6 RWD tak rasmi yang ditemui di China

Malangnya, keputusan mengejut Mazda untuk tidak meneruskan prospek menarik sedan sport untuk bersaing dengan sedan seperti BMW dan Mercedes-Benz tidak sepatutnya mengejutkan. Situasi hari ini memperlihatkan sedan semakin berkurangan justeru walaupun Mazda boleh menghasilkannya menentang pesaing dari Jerman, adakah orang ramai akan membelinya?

Baca: 4 kereta yang dipuji dalam rebiu tetapi gagal dari segi jualan – Fiesta, Picanto, Kizashi, Stinger

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 03

Apa kata kalau Mazda 6 generasi baharu tidak ditawarkan di Eropah dan hanya dijual di luar negara? Idea tersebut nampak bijak tapi malangnya itu tidak akan berlaku. Portal Drive Australia bercakap dengan pengarah pemasaran Mazda Australia, Alastair Doak yang menguatkan lagi kenyataan Kunz; tumpuan Mazda kini terletak pada 4 buah SUV baharu yang akan dibina di atas platform Large Architecture SUV.

Baca: Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022!

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 04

SUV yang pertama telah dilancarkan di Eropah awal bulan ini, iaitu Mazda CX-60. SUV berspesifikasi Eropah itu ialah model hibrid plug-in (PHEV) pertama Mazda dengan output gabungan 323 PS dan 511 Nm.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 05

Buat masa ini, ia hanya tersedia dengan pacuan semua roda (AWD) dengan varian 6-silinder RWD akan diperkenalkan kemudian. Selain daripada CX-60, Mazda juga merancang untuk melancarkan CX-70, CX-80, dan CX-90 dengan model bernombor ganjil disasarkan untuk Amerika Utara dan nombor genap untuk Eropah dan Jepun. Pasaran global lain juga akan menyusul.

'SUV lebih penting, bukan RWD' - eksekutif Mazda tolak spekulasi Mazda 6 RWD! 06

Masih dijual walaupun dah hampir sedekad

Mazda berhasrat untuk menjadi jenama premium dengan menentang jenama terkenal Jerman dengan model 'Large Group' untuk tahun mendatang. Walau bagaimanapun, jika Large Group hanya bermakna Large SUV, peminat kereta tegar bolehlah meletakkan tanda L besar ke dahi mereka.

Baca: Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mazda 6 Sedan 2.0 SkyActiv-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda