window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’?

Faisal · Aug 2, 2021 04:00 PM

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 01

Hari minggu yang lalu, seorang ahli laman forum di Korea telah memuat naik satu gambar yang memperlihatkan sebuah SUV Hyundai dengan samaran penuh. Antara model yang diteka oleh ramai ialah Casper, Stargazer, dan Bayon.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 02

Kalau anda nak tahu, Hyundai sekarang ingin mengembangkan barisan SUV mereka lebih daripada Kona, Tucson, dan Santa Fe. Malah, beberapa model telahpun diumumkan, Buat masa ini, Hyundai ada 10 SUV di seluruh dunia. Beberapa model juga bersaing di segmen yang sama. Jadi, model apakah sebenarnya ketiga-tiga SUV yang dispekulasikan itu?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaHyundai 'tapau sales' Toyota di Vietnam, laku kaw-kaw sepanjang bulan Januari-Mei 2021!

Teori #1: Hyundai Casper

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 01

Kredit: kitaeri.

Model ini dijangka membuat debut sebagai SUV paling kecil dalam barisan Hyundai. Dengan kod nama AX1, SUV comel ini bakal dipasang di kilang baru Hyundai di Gwangju, Korea.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 02

Hyundai Casper ditujukan khas untuk pasaran membangun seperti India yang mana ia akan bersaing dengan Maruti Suzuki Ignis dan Tata HBX yang akan datang. Size SUV ini turut mengingatkan kami kepada Perodua Axia Style.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 03

Enjin 3 silinder yang diguna pada Hyundai i10.

Menurut sesetengah media, Casper mungkin dikuasakan oleh enjin petrol SmartStream G 1.0L 3 silinder (75 PS, 95 Nm tork) yang sama digunakan pada Hyundai i10 dan Kia Picanto.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 04

Kredit: kitaeri.
Dimensi
Model Hyundai Casper (AX1) Perodua Axia Style
Panjang (mm) 3,595 3,650
Tinggi (mm) 1,575 1,525
Lebar (mm) 1,595 1,625

Tetapi berdasarkan dimensi yang dilaporkan, SUV misteri yang diintip tersebut nampaknya bukan Casper kerana saiznya jelas nampak lebih besar.

Teori #2: Hyundai Stargazer

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 05

Lukisan tambahan oleh rtriadhie.

Menurut pendapat media Indonesia pula, SUV misteri yang dilihat ini bakal berlawan dengan Mitsubishi Xpander dan Toyota Avanza.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 06

Untuk maklumat anda, Hyundai Motor Company telahpun patenkan nama “Stargazer” dalam hak cipta Indonesia (Hak Kekayaan Intelektual, HAKI).

Juga bacaHyundai Stargazer dipatenkan, MPV 7 tempat duduk ini ingin 'tapau' Avanza, BR-V, dan Xpander!

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 07

Hyundai Hexa Space Concept.

Di sana, segmen MPV sangatlah rancak. Hyundai Stargazer yang akan bertarung dengan saingan kompetitif dikhabarkan hadir dengan enjin 1.5L aspirasi natural (115 PS, 144 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT untuk menghantar kuasa ke roda hadapan.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 08

Walaupun intipan tersebut nampak lebih kepada SUV, teori ini masih boleh dipakai kerana pesaing seperti Mitsubishi Xpander dan Suzuki XL7 juga menggunakan reka bentuk antara MPV dan SUV. Jadi, Hyundai juga mungkin ikut taktik yang sama pada kereta 7 penumpang mereka yang akan datang.

Teori #3: Hyundai Bayon LWB

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 09

Teori yang ini pula dispekulasikan sendiri oleh ahli-ahli yang memberi komen dalam siaran yang dimuat naik itu.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 10

Untuk pengetahuan anda, Hyundai Bayon telahpun diperkenalkan pada Mac yang lepas. Buat masa sekarang, SUV segmen B ini eksklusif untuk pasaran Eropah sahaja.

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 11

Walau bagaimanapun, teori ini masih munasabah kerana Hyundai (ataupun Kia) ada menawarkan versi jarak roda panjang di Korea untuk sesetengah model SUV. Jadi, Hyundai mungkin ada pelan untuk membawa Bayon ke pasaran rumahnya tetapi jarak rodanya perlu dipanjangkan supaya dapat menarik minat pembeli di negara itu.

Juga bacaProton, Perodua terlalu selesa. Hyundai-Kia mendominasi, kerajaan Korea beri sasaran, bukan ganjaran

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 12

Bagi anda yang belum tahu, pelanggan di Korea dan kebanyakan pasaran Asia yang lain sangat mementingkan ruang kabin yang besar. Dari segi trenkuasa, Hyundai Bayon di Eropah ditawarkan dengan pilihan enjin 1.0L turbo T-GDi (100 atau 120 PS, 172 Nm tork) dan 1.2L aspirasi natural MPi (84 PS, 118 Nm tork).

Juga bacaBocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba!

SUV misteri Hyundai diintip di Korea – Casper, Stargazer atau Bayon ‘panjang’? 13

Sumber

Di antara ketiga-tiga teori yang kami terangkan, yang manakah anda rasa paling tepat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda