window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China!

Haris · Jul 22, 2021 01:00 PM

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 01

Geely telah mengumumkan harga Geely Xingyue L 2021 di China. Pengumuman harga ini rupa-rupanya lebih rendah daripada anggaran harga pra-jualan pada bulan Mei 2021.

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 02

Harga Geely Xingyue L di China bermula dari CNY 137,200 (~ RM 90k) untuk varian rendah, sementara varian yang lebih tinggi berharga dari CNY 175,200 (~ RM 115k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 01

Untuk pasaran China, semua varian Geely Xingyue L dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbocaj petrol bukan-hibrid yang dikongsikan bersama Volvo, hanya berbeza pada tahap output kuasa.

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 02

Varian paling rendah mencatatkan puncak kuasa pada 218 PS, 325 Nm, dengan padanan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan (DCT)

Varian yang lebih atas mendapat output kuasa pada 238 PS, 350 Nm dengan padanan transmisi automatik penukar tork (torque converter) 8-kelajuan.

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 03

Memandangkan Geely Xingyue L lebih tinggi dalam hierarki SUV Geely, ia menerima bahagian dalaman yang lebih mewah. Terdapat beberapa kombinasi warna dua tona, sementara papan pemuka mempunyai 3 skrin - dua skrin terakhir adalah untuk tugas hiburan.

Baca: Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 04

Bukan calang-calang jenama China sekarang, Geely Xingyue L mempunyai kemampuan 5G dan mempunyai naik taraf perisian over-the-air (OTA). Keistimewaan lain termasuk sistem penapisan udara CN95, mesin ion, cahaya ambien 72 warna, sistem audio Bose, dan bumbung suria panorama.

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 05

Seperti model Geely baru-baru ini, Geely Xingyue L 2021 dilengkapi dengan suite ADAS separa autonomi Tahap 2. Lebih canggih daripada fungsi parkir sendiri Proton X50, ia ditambah dengan Fungsi Valet Automatik.

Geely Xingyue L boleh mencari tempat letak kereta dan meletak kenderaan sendiri tanpa pemandu, terhad dalam kawasan 200 meter (jarak hingga 1 km).

Baca: Foto esei Geely Xingyue L 2021 di Shanghai Auto Show!

Harga model Geely
  Harga (CNY) Harga (RM)
Geely Boyue 89,800 to 106,800 58,000 to 69,000
Geely HaoYue 103,600 to 139,600 66,900 to 90,200
Geely Boyue Pro 116,800 to 146,800 75,400 to 94,800
Geely XingYue L 137,200 to 185,200 89,800 to 121,300

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 06

Komentar Editor:

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 07

Ada peluang ke Geely Xingyue L ke Malaysia? Ini adalah perancangan yang terlalu jauh kerana produk Geely seterusnya yang akan dilancarkan menjadi Proton adalah Geely Haoyue - juga disebut-sebut sebagai Proton X90.

Pertindihan harga yang dijangka berlaku pada model Proton X90 dan X70 manakala X70 dan X50 mungkin tidak boleh diaplikasikan untuk Geely Xingyue L. Model ini adalah model paling mewah Geely justeru tidak mungkin ia akan ditawarkan serendah Proton X90 varian paling tinggi.

Baca: Geely Xingyue L 2021 umum harga, lebih murah daripada Proton X70 dengan teknologi Volvo!

SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China! 08

Dengan harga Geely Xingyue L mencapai CNY 175,200, ia meletakkannya sebagai salah satu model Geely termahal, kedua selepas Xingyue biasa. Dengan mengambil kira kos untuk membangunkan kereta versi pemanduan kanan serta melokalkan sistem infotainment Milky Way, ia akan menaikkan harganya dengan ketara, mungkin mencecah harga RM 150k.

Proton tidak dinafikan lebih baik dengan kehadiran Geely namun prestasi mereka untuk bersaing dengan produk berharga atas RM 150,000 mungkin sedikit dipersoalkan. Mungkin, model facelift?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Geely Xing Yue 400T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda