window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4?

Haris · Jul 2, 2020 09:53 AM

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 01

Suzuki telah melancarkan model SUV Across baharu berasaskan Toyota RAV4, berikutan perjanjian di antara kedua-dua pengeluar untuk berkolaborasi pada model-model terpilih.

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 02

Model ini adalah kereta pertama yang lahir hasil daripada pakatan strategik tersebut. Selain itu, model ini turut memberi petanda bagaimana kedua-dua syarikat berusaha untuk membezakan versi model masing-masing.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 01

Suzuki Across mirip dengan Toyota RAV4 tetapi perbezaan paling utama adalah rekaan gril hadapan besar Suzuki. Rekaan lampu hadapannya pula mirip Toyota Wildlander (hanya dijual di China). Kami sudah pun memandu uji Toyota RAV4. Kalau nak tahu, ikuti rebiu kami di sini.

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 02

Tren kuasa elektrik SUV ini dibawa terus dari model RAV4 Plug-in Hybrid yang baru. Tren kuasa Suzuki Across terdiri daripada enjin 4 silinder petrol 2.5 liter (173 PS) yang digandingkan dengan sepasang motor elektrik - satu motor elektrik 180 PS di gandar depan dan satu lagi motor elektrik 54 PS di bahagian belakang. Tren kuasa ini mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j.

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 03

Suzuki Across turut dilengkapi dengan fungsi Trail mode yang meningkatkan cengkaman pada permukaan yang licin dengan mengalihkan daya dari roda yang kehilangan cengkaman ke arah roda yang mempunyai daya tarikan yang baik.

Suzuki Across dilancarkan! Kembar Toyota RAV4? 04

Selain daripada Toyota RAV4, Suzuki turut merancang untuk membangunkan model berasaskan Toyota Corolla Hatchback.

Objektif kerjasama tersebut dilaporkan adalah untuk menggabungkan kekuatan Toyota dalam teknologi kereta elektrik dengan kekuatan Suzuki dalam pembuatan kereta kompak.

Dengan desas-desus mengenai kedatangan semula Suzuki ke arena automotif Malaysia, adakah anda berminat dengan model ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda