window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k?

Haris ยท Sep 30, 2020 10:00 AM

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k? 01

Suzuki Malaysia baru sahaja mengacah lampu hadapan Suzuki Raider F150 melalui sebuah hantaran di laman Facebook Rasmi Suzuki Malaysia.Sekilas pandang sahaja sudah boleh menjangkakan bahawa Lagenda Motosikal Underbone, Suzuki Belang bakal menerjah ke pasaran tidak lama lagi.

Suzuki Belang atau lebih dikenali sebagai Suzuki Raider F150 di pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina adalah sebuah motosikal jenis underbone bawah 150 cc. Enjin yang dipadankan adalah enjin 147.3cc berkuasa 18.5 PS kuasa kuda dan 13.8 Nm tork dengan transmisi klac manual 6 kelajuan. Enjin 4 injap tersebut disejukkan dengan sejukan cecair dengan suntikan bahan api (fuel injection).

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi status pemasangannya pula, belum dapat dipastikan adakah ia bakal hadir secara CBU atau CKD. Hal ini kerana, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd yang bertanggungjawab memasang motosikal Suzuki secara tempatan baru sahaja ditutup dengan notis yang baru sahaja dikeluarkan pada bulan Julai 2020.

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k? 01

Selain itu, Suzuki Indonesia merupakan negara yang lebih sesuai untuk membekal Suzuki Belang ini. Hal ini kerana, selain daripada memasarkan Suzuki Satria secara tempatan, Suzuki Indonesia turut mengeksport motosikal tersebut ke Vietnam.

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k? 02

Jika perkara tersebut, hal ini bermakna kita akan melihat ke arah negara Zamrud Khatulistiwa tersebut untuk spesifikasi dan harga. Suzuki Satria dijual pada harga Rp 2,536,0000 (RM 7,107.21) manakala harga bagi Suzuki Satria yang dieksport ke Vietnam adalah VND 5,199,0000 (RM 9,357.62). 

Suzuki Belang FI diacah. CBU Indonesia, harga sekitar RM 10k? 03

Hal ini bermakna, spekulasi harga mungkin bakal sekitar RM 10,000 di Malaysia? Sambutan yang suam sebelum ini pula adalah disebabkan kekurangan bakul yang menjadi ciri wajib buat penunggang motosikal pada julat harga tersebut namun adakah segalanya bakal berubah?

Sumber: MotoSaigon

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda