window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

Haris · Sep 21, 2021 03:30 PM

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 01

Suzuki Motor Malaysia hari ini telah melancarkan model Suzuki Hayabusa, Suzuki V Strom 1050 XT dan Suzuki GSX S1000. Dalam sesi soal jawab di akhir majlis pelancaran, ramai warganet yang mengajukan soalan bilakah Suzuki Malaysia akan membawakan model-model bersesaran rendah seperti Suzuki Belang dan Suzuki GSX150.

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Pengarah dan Pengurus Besar Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato’ Jeffrey Lim, Suzuki Malaysia berharap untuk melancarkan model kapcai dan skuter secepat mungkin. Setakat ini, beliau hanya merujuk kepada pelancaran seawal hujung tahun 2021 atau awal tahun 2022 untuk model kapcai dan skuter.

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 01

Suzuki Belang

“Sepatutnya, ia (motosikal bersesaran rendah) dilancarkan setahun yang lalu. Kalau bukan pasal Covid-19 ini, sepatutnya kita (rakyat Malaysia) sudah pun menerima model-model bersesaran rendah ini,” ujar Dato’ Jeffrey Lim dan En Ahmad Faez Yahaya di sidang pelancaran tersebut.

Di samping itu, timbul juga soalan yang model spesifik mengenai bilakah Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150 akan tiba di Malaysia.

 

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 02

Suzuki GSX-S150

Ketika memberi kenyataan balas, kelihatan pekerja Suzuki di belakang sedang menolak model Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150. Hal ini mengesahkan lagi kenyataan Dato’ Jeffrey Lim kerana model tersebut sudah pun berada di Malaysia, mungkin sekadar menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa untuk menjualnya.

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 03

Suzuki GSX-R150

Balas beliau lagi, pelancaran 3 motosikal ini dijangka paling awal pada suku pertama tahun 2022. Beliau turut berseloroh bahawa model ini sememangnya model paling hangat serta Suzuki Malaysia juga kalau boleh ingin menjual 3 model ini semalam, dan bukannya hari ini.

Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022! 04

Majlis pelancaran di pautan ini

Peminat-peminat Suzuki pastinya teruja dengan ‘live teaser’ yang ditonjolkan oleh Suzuki. Strategi pemasaran ini adalah sesuatu yang segar untuk Suzuki di mana ia kini di bawah pengurusan baharu. Mampukah Suzuki Malaysia mengecapi kembali popularitinya seperti suatu masa dahulu?

Baca: Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda