window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris!

Haris · Oct 6, 2022 07:00 PM

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 01

Kenderaan terlaris di Vietnam tahun 2022 adalah sebuah MPV justeru Vietnam Suzuki Auto tidak melepaskan peluang untuk melancarkan model Suzuki Ertiga Hybrid di sana.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Hybrid Ertiga baharu ini juga merupakan kenderaan hibrid pertama dalam segmen MPV di Vietnam dengan teknologi Suzuki Smart dan dibangunkan di atas platform Heartact. Ia diimport secara CBU dari Indonesia dan juga merupakan pasaran kedua yang menerima model ini selepas Nusantara.

Baca: Mitsubishi Xpander dinobatkan sebagai kereta terlaris Vietnam bagi tahun 2022!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 01

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi semulajadi (103 PS/138 Nm) dengan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan (4AT).

Suzuki Ertiga Hybrid menggunakan teknologi Smart Hybrid, yang membolehkan penggunaan tenaga daripada enjin petrol, digabungkan dengan Integrated Starter Generator (ISG) dan bateri Lithium-Ion untuk memberikan penjimatan bahan api yang ketara. 

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 02

ISG bertindak sebagai pemula, memberikan kuasa apabila kenderaan ini perlu memecut melalui tenaga yang disimpan dalam bateri Lithium-Ion 6Ah 12V. Apabila nyahpecutan, ISG memainkan peranan untuk menukar tenaga kinetik kepada elektrik untuk mengecas bateri.

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 03

Pek bateri 6Ah 12V dengan teknologi Lithium-Ion mempunyai kelebihan pengecasan yang lebih pantas dan ketahanan yang lebih tinggi, sekali gus memberikan masa penggunaan yang lebih lama.

Ketika menunggu, enjin petrol boleh dimatikan sepenuhnya melalui fungsi Idle Stop untuk menjimatkan minyak tetapi masih mengekalkan operasi komponen elektrik dalam kenderaan.

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 04

Bahagian pek bateri terletak di bawah tempat duduk pemandu, jadi ia direka khas untuk mengoptimumkan ruang, direka dengan penutup kalis air untuk memastikan keselamatan menyeluruh.

Baca: Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid?

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 05

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 06

Vitenam Suzuki Auto mendakwa penjimatan kadar penggunaan bahan api hanya 5.05 liter / 100km (di luar jalan bandar). Walaupun model hibrid, Suzuki Ertiga Hybrid mempunyai reka bentuk yang padat dan ringan dengan berat hanya 1,130 kg sahaja.

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 07

Bahagian dalam memiliki skema warna baharu, menggunakan warna kelabu dan hitam sebagai warna utama dengan jahitan merah untuk varian teratas. Varian automatik menawarkan upholsteri kulit manakala manual cukup dengan upholsteri plastik urethena. Ertiga Hybrid ini juga dilengkapi dengan pelapisan plastik bercorak karbon bagi menggantikan plastik bercorak kayu sebelumnya.

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 08

Antara penambahbaikan yang ditawarkan pada Suzuki Ertiga Hybrid ini adalah:

  • Kawalan pelayaran
  • Gear Shift Indicator untuk MT
  • Guide me Light 
  • Lampu automatik
  • Cermin sisi boleh lipat automatik
  • Antena tinggi dengan sensitiviti dipertingkat
  • Information Display Panel
  • Bukaan but belakang
  • Kamera 360 Darjah
  • Apple Carplay dan Android Auto
  • Electronic Stability System (ESP) 

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 09

Selain itu, bagi mempelbagaikan pilihan pengguna, Suzuki Ertiga Hybrid mempunyai sehingga 6 warna dalam 3 varian iaitu MT manual, automatik AT dan Sport Limited.

Suzuki Ertiga Hybrid dilancarkan di Vietnam, nak tapau Xpander sebagai kereta terlaris! 10

Suzuki Ertiga Hybrid juga masih mengekalkan harga yang sangat menarik. Perincian harga adalah seperti berikut:

  • Ertiga Hybrid MT manual - VND 539,000,000 (RM 104,527)
  • Ertiga Hybrid AT automatik - VND 609,000,000 (RM 118,102)
  • Ertiga Hybrid Sport Limited - VND 678,000,000 (RM 131,483)

Jaminan waranti untuk bateri Litium-Ion dan Integrated Starter Generator (ISG) ialah 5 tahun atau 100,000km (mana-mana dahulu).

Baca: Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Ertiga 1.4 Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda