window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k!

Khairil ยท Feb 10, 2023 07:00 PM

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 01

Salah satu model yang disebut-sebut bakal memasuki pasaran tempatan, Suzuki Gixxer SF250 mendapat kemas kini terbaharu bagi versi 2023 di pasaran yang Suzuki sememangnya popular, India.

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 02

Metallic Matte Stellar Blue 

Di bahagian kosmetik, pihak Suzuki Motor India menawarkan tiga pilihan skema warna termasuk dua warna baharu yang dikatakan lebih menarik, mengimbau memori dan ikonik iaitu:

  • Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue 
  • Metallic Matte Stellar Blue 
  • Metallic Matte Black

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 03

Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue 

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 04

Metallic Matte Black

Tetapi apa yang lebih menarik adalah pembaharuan yang dijalankan di bahagian panel meter di mana Suzuki Gixxer SF250 (2023) memiliki ciri sambungan ke telefon bimbit 'Suzuki Ride Connect' menerusi Bluetooth.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 01

Menerusi 'Suzuki Ride Connect', ia membolehkan penunggang melihat beberapa maklumat tambahan pada skrin panel meter seperti notifikasi mesej pesanan ringkas, panggilan telefon dan perincian navigasi untuk arah belok.

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 02

Selain itu, tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa terhadap Gixxer SF 250 (2023) berbanding versi terdahulu.

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 03

Mengulas trenkuasa, model ini dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

 

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 04

Kuasa yang dihasilkan adalah 26.5 PS pada 9,300 rpm dan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 05

Menggunakan kerangka jenis berlian, Suzuki Gixxer SF250 (2023) menggunakan suspensi telekopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 06

Menerusi kemas kini yang dijalankan, harga untuk Suzuki Gixxer SF 250 (2023) di pasaran India turut berubah dan naik 10,000 rupee (RM 524) kepada 202,000 rupee (RM 10,594).

Suzuki Gixxer SF250 (2023) dikemaskini di India, dapat ciri sambungan telefon pintar, harga RM 10.5k! 07

Di Malaysia, pihak Suzuki Malaysia dikhabarkan akan membawa masuk Suzuki Gixxer SF250 namun masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan. Jadi, sama-sama kita tunggu.

Juga baca: Giliran Suzuki Gixxer SF250, 250 masuk Malaysia, pelancaran 2023?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda