window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k!

Khairil ยท Jun 2, 2022 09:00 AM

 

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 01

Selepas trio 150 cc, Suzuki Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk model dalam kelas 250 cc pula ke pasaran tempatan dan antara yang paling dinanti adalah 'Sportbike' Suzuki GSX250R.

Sekalipun belum dijual di Malaysia, Suzuki GSX250R sememangnya salah satu 'Sportbike' yang popular terutama di rantau Asia dan terbaharu, pasaran negara China menerima kemas kini terbaharu untuk model berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 01

Begitupun, kemas kini yang ditampilkan tidak membabitkan sebarang perubahan dari sudut reka bentuk mahupun spesifikasi trenkuasa ataupun komponen namun membabitkan perubahan kosmetik iaitu pilihan warna.

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 02

Apa yang menarik, bukan satu atau dua pilihan warna ditawarkan, namun Suzuki dengan kerjasama Haojue di China memberikan enam pilihan termasuk corak 'livery' pasukan Suzuki Ecstar yang bersaing di pentas MotoGP.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 03

Dan harga yang ditawarkan untuk model tidak berubah berbanding versi terdahulu iaitu 26,680 yuan (RM 17,506).

Mengulas trenkuasa, Suzuki GSX250R (2022) di China menggunakan enjin bersesaran 249.8 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang menghasilkan 25 Hp pada 8,000 rpm dan tork 23.4 Nm pada 5,500 rpm.

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 04

Tidak seperti pencabarnya yang sudah dilengkapi pelbagai komponen canggih termasuk Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kunci Pintar, sistem lampu LED dan sebagainya, Suzuki GSX250R (2022) di China tidak memiliki ciri itu.

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 05

Begitupun ia tetap menggunakan panel meter digital LCD, tangki bahan api sebesar 15 liter dan paling penting, rekaan sekalipun sudah 'lama' namun masih menarik.

Suzuki GSX250R (2022) luncur di pasaran China, skema warna lebih memikat, harga RM 17.5k! 06

Tidak diketahui sama ada Suzuki Malaysia memang benar-benar berhasrat untuk membawa Suzuki GSX250R ke pasaran Malaysia dan jika pendekatan harga mampu milik digunakan, ia mungkin berpeluang untuk menjadi pencabar utama.

Juga baca: Yang baru dilancar tak cukup 'padu', ini Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah, terhad 300 unit, harga RM 11.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda