window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k!

Khairil · Aug 6, 2021 11:00 AM

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 01

Suzuki Motosales Corporation (Thailand) Co. Ltd. mengemaskini pilihan warna dua model berkuasa tingginya, Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S1000F bagi versi 2021.

Begitupun, Suzuki GSX-S1000 2021 di pasaran Thailand itu bukan model terbaharu yang dilancarkan Suzuki Global pada April lalu yang tampil dengan reka bentuk serba baharu dan lebih 'alien' terutama rekaan lampu depan berbentuk heksagon.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 01

Suzuki GSX-S1000F

Empat pilihan warna baharu yang ditawarkan bagi Suzuki GSX-S1000 2021 di Thailand adalah Metallic Triton Blue, Metallic Mat Black, Pearl Glacier White dan Metallic Oort Gray / Metallic Mat Black bersama corak grafik berbeza.

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 02

Suzuki GSX-S1000

Untuk model 'fairing penuh' Suzuki GSX-S1000F 2021 pula, tiga pilihan warna baharu ditawarkan iaitu Metallic Triton Blue, Glass Sparkle Black dan Pearl Glacier White bagi peminat yang gemarkan gaya elegan dan mewah.

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 03

Harga yang ditawarkan bagi model Suzuki GSX-S1000 2021 ialah 599,000 baht (RM 76,096) manakala Suzuki GSX-S1000F dijual pada harga 619,000 baht (RM 78,636).

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 04

Menyerap teknologi yang diambil dari model 'Superbike' legenda Suzuki GSX-R1000, tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan kedua-dua model Suzuki GSX-S1000 dan Suzuki GSX-S1000F 2021 yang menggunakan enjin dan teknologi yang sama.

Juga baca: GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 05

Ia menggunakan enjin bersesaran 999 cc, 4 Lejang, 4 Silinder Sebaris, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 06

Antara spesifikasi canggih dan menarik adalah ia memiliki Kawalan Traksi (3 mod), brek cakera berganda 310 mm bersama kaliper Brembo 4 piston di bahagian depan dan brek cakera tunggal lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Paparan kluster meter pula menggunakan panel LCD yang memberikan pelbagai maklumat seperti takometer, kelajuan, posisi gear, jam, suhu enjin dan sebagainya.

Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k! 07

Di Malaysia, perkembangan mengenai Suzuki Motor hanya diperoleh menerusi media sosial. Tetapi perkembangan terbaharu, pelbagai model berkuasa tinggi jenama berkenaan seperti V-Strom 650XT, SV-650, GSX-S750, GSXR-1000, GSX-R1000R dan Katana boleh dibeli menerusi pengedar di Selangor.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda