Selepas dipertontonkan secara ekslusif pada bulan lalu, dua jentera hebat keluaran Suzuki iaitu Hayabusa 2021 dan V-Strom 1050 XT 2021 akhirnya mempunyai tanda harga di pasaran tempatan.
Kedua-dua model berkenaan sudah pun boleh didapati di cawangan pengedar Suzuki Big Bike World seluruh negara. Untuk model 'Hyperbike' paling berkuasanya iaitu Hayabusa 2021, ia datang dengan penawaran harga RM 111,200 (asas).
Juga baca: Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan!
Dan untuk model 'Adventure touring' V-Strom 1050 XT 2021, harga yang diletakkan terhadap jentera hebat berkenaan adalah RM 81,900 (asas).
Juga baca: Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi...
Setiap model datang dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan (mana satu tiba dahulu).
Suzuki Hayabusa 2021
Sebagai model generasi ketiga, Suzuki Hayabusa 2021 yang dilancarkan di peringkat global pada tahun ini tampil dengan pelbagai perkakasan moden termasuk enjin mematuhi emisi Euro 5 namun mengekalkan identiti utamanya iaitu mementingkan kelajuan.
Baca juga: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!
Trenkuasa jentera yang didakwa boleh dikerah sehinggan 299 km/j ini adalah enjin 1,340 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api Suzuki Side Feed Injector (S-SFI) yang digabungkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Kuasa yang dihamburkan ialah 187 Hp pada 9,700 rmp dan tork 150 Nm pada 7,000 rpm.
Sebagai model aras tinggi yang moden, Hayabusa 2021 dilengkapi Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang menawarkan lima mod menunggang, pilihan mod kuasa, kawalan traksi, kawalan brek enjin, Quickshift dan sistem anti-wheelie.
Juga baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!
Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD) KYB 43 mm boleh laras dan sistem suspensi belakang juga dari KYB. Sistem brek depan menggunakan cakera berkembar 320 mm kaliper Brembo Stylema 4-piston dan brek belakang cakera tunggal dengan Nissin piston tunggal lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Pilihan warna:
- Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold
- Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red
- Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue
Suzuki V-Strom 1050 XT 2021
Diperkenalkan ketika EICMA 2019, Suzuki V-Strom 1050 XT mendapat maklumbalas yang baik menerusi rekaan baharu yang lebih retro mirip model legenda, Suzuki DR-Z dan DR-BIG bersama peningkatan kuasa berbanding versi terdahulu.
Juga baca: Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru!
Trenkuasa yang digunakan adalah enjin bersesaran 1,037 cc, V-Twin, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api patuh emisi Euro 5 yang digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan. Kuasa yang dihamburkan ialah 105 Hp pada 8,500 rpm dan tork 101 Nm pada 4,000 rpm.
Boleh disifatkan sebagai model 'Adventure touring' serba lengkap dalam kelasnya, Suzuki V-Strom 1050 XT 2021 turut lengkap dengan pelbagai sistem bantu tunggangan elektronik canggih Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang mengawal Motion Track Braking, Hill Hold Control, Load Dependant Control, Suzuki Drive Mode Selector (tiga mod) Cruise Control, Kawalan Traksi, Slope Dependant Control.
Seperti jentera aras tinggi lain, ia menggunakan brek cakera berkembar untuk roda depan dan cakera tunggal di rim belakang lengkap dengan ABS dengan kotak sisi aluminium berwarna perak datang sebagai standard.
Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!
Dan lebih menarik, harga yang ditawarkan dikatakan paling rendah dalam kelasnya di pasaran ketika ini.
Pilihan warna
- Metallic Oort Gray No.3/Glass Sparkle Black
- Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange