window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu?

Haris · May 26, 2021 02:00 PM

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 01

Suzuki Jimny 2021 generasi keempat akhirnya menuju ke Malaysia. Apa yang sebelum ini hanya sekadar angan-angan jauh, akan menjadi kenyataan. Suzuki secara rasminya kembali ke Malaysia, terima kasih kepada Naza Eastern Motors. 

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 02

Dengan prospek untuk memiliki sebuah model Suzuki Jimny melalui saluran rasmi, mungkin ramai yang teruja dengan model pikap comel tersebut. Ia jauh lebih baik berbanding membeli dari pasaran 'recond' yang terkenal dengan tipu daya yang dahsyat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 01

Bila Suzuki Jimny 2021 akan dilancarkan di Malaysia?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 02

Awal minggu lepas, Naza Eastern Motors mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Suzuki Jimny 2021 pada bulan Ogos. Ya, tinggal kurang dari 3 bulan sahaja lagi sebelum Suzuki Jimny ditawarkan secara rasmi!

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 03

Maklumat awal yang diterima adalah Naza Eastern Motors telah menerima hampir 20 tempahan untuk Suzuki Jimny 2021. Permulaan yang positif untuk sebuah produk novelti tanpa sebarang pengumuman spesifikasi atau varian.

Berapa anggaran harga Suzuki Jimny?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 04

Suzuki Jimny, walaupun tampil sederhana secara mekanikal, sebenarnya adalah SUV yang agak mahal. Sejak tahun 2019, pengedar kereta recond di Malaysia sudah mula menjual Jimny dengan harga antara RM 160k hingga RM 200k.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 05

Apabila Naza mula menjual Suzuki Jimny kelak, kami menjangkakan bahawa harga yang setara dengan julat harga unit recond. Model Suzuki Swift Sport yang baru dilancarkan turut menurut langkah ini. Lagi pula, pembeli akan menerima unit baharu, berbanding unit terpakai recond jadi fikir-fikirkanlah. 

Mengapa Suzuki Jimny begitu mahal?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 06

Alasan yang sangat ringkas; unik. Tiada yang serupa dengan Suzuki Jimny hari ini dengan watak berbeza yang sangat menonjol, hasil daripada ilham reka bentuk retro. Ia benar-benar unik dalam kelasnya.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 07

Walaupun Suzuki Jimny tampil comel, tidak bermakna kemampuannya juga 'jinak'. Ia dilengkapi dengan platform ladder frame dan sistem 4WD yang membantu menakluk kawasan jalan mencabar dengan mudah. Malah, Suzuki Jimny lebih mudah dikendalikan di jalan off road berbanding "SUV" moden.

Sebab lain mengapa Suzuki Jimny begitu mahal adalah kerana ia diimport (CBU) dari Jepun. Seperti biasa, tukaran matawang menambah luka harga yang dalam.

Apa pesaing Suzuki Jimny?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 08

Mini Defender atau G-Class

Keunikan Suzuki Jimny melangkaui pesaingnya - kerana ia tidak mempunyai saingan secara langsung. Suzuki Jimny menerima inspirasi dari Land Rover Defender dan Mercedes-Benz G-Class yang lebih besar tetapi saiz Suzuki Jimny jauh lebih kecil berbanding 2 model tersebut.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 09

Oleh yang demikian, keunikan Suzuki Jimny telah menarik perhatian jenama pesaing, terutamanya di tanah air sendiri. Ketika ini, Daihatsu dikatakan akan membangunkan saingan Suzuki Jimny sendiri yang bakal dipanggil Daihatsu Rugger.

Apa spesifikasi trenkuasa Suzuki Jimny?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 10

Suzuki Jimny generasi keempat tersedia dengan dua pilihan trenkuasa.

  1. Suzuki Jimny kei-car khas untuk pasaran Jepun. Enjin tiga silinder 660cc bercaj turbo yang mengeluarkan sehingga 64 PS dan 96 Nm.
  2. Suzuki Sierra, lebih dikenali sebagai Suzuki Jimny di luar pasaran Jepun - Enjin empat silinder 1.5 liter NA K15B yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 11

Bergantung pada pasaran, Suzuki Jimny ditawarkan dengan pilihan manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan. Kami berpendapat bahawa yang pilihan automatik cenderung menjadi satu-satunya pilihan di Malaysia.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 12

Pengedar recond menawarkan pelbagai jenis model Suzuki Jimny, termasuklah versi kei-car dan Jimny biasa. Beberapa peniaga recond juga menawarkan Suzuki Jimny manual jadi jika anda peminat tegar transmisi manual, peniaga recond adalah pilihan anda.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 13

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Suzuki Jimny turut dilengkapi dengan sistem 4WD sambilan. Terdapat tombol kedua yang diposisikan di bawah transmisi gear utama digunakan untuk bertukar antara mod 2WD dan 4WD.

Adakah Suzuki Jimny dilengkapi dengan ADAS?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 14

Suzuki Jimny dengan spesifikasi Malaysia berkemungkinan besar tidak akan menawarkan suite ADAS. Berikutan daripada pelancaran Suzuki Swift Sport yang kekurangan ciri tersebut, Naza ada menyatakan bahawa suite ADAS tidak sesuai dengan landskap pemanduan tempatan.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 15

Apa ciri kelengkapan lain Suzuki Jimny?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 16

Melihat kepada faktor Naza mengutamakan model varian teratas, kita boleh mengharapkan aksesori seperti lampu depan LED, rim aloi 15-inci berwarna perak gelap, penghawa dingin automatik dan mungkin juga pilihan untuk dua tona bumbung hitam.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 17

Model spesifikasi rendah dipaparkan

Berapa saiz Suzuki Jimny?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 18

Tidak terlalu besar, atau sesuai dengan namanya - SUV mini.

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 19

Panjang keseluruhan Suzuki Jimny ialah 3,550 mm, sementara lebarnya adalah 1,645 mm dan tinggi 1,730 mm. Ia mempunyai jarak roda 2,250 mm.

Berikut adalah perbandingan saiz antara Suzuki Jimny dan Perodua Ativa, SUV segmen B yang popular di Malaysia.

Dimensi
Model Jimny Ativa
Panjang (mm) 3,550 4,065
Lebar (mm) 1,645 1,710
Tinggi (mm) 1,730 1,635
Jarak roda (mm) 2,250 2,525

CBU atau CKD?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 20

Pada waktu ini, Suzuki mempunyai dua kilang yang bertanggungjawab untuk memasang Jimny iaitu:

  1. Kilang Gurugram di India
  2. Kosai di Jepun

Naza dijangka akan mendapatkan Suzuki Jimny dari Jepun, kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan India. Hal ini bermakna, sekurang-kurangnya perjanjian perdagangan dengan Jepun mampu memberi lebih keuntungan buat Naza Eastern Motors.

Apa lagi warna lain Suzuki Jimny selain Kinetic Yellow?

Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu? 21

Warna Kinetic Yellow yang anda lihat di sini adalah warna ikonik bagi Jimny. Selain itu, di Jepun dan Singapura, Suzuki menawarkan 7 warna seperti Brisk Blue Metallic, Chiffon Ivory Metallic, Jungle Green, Medium Grey, Bluish Black Pearl, Silky Silver Metallic, dan Superior White.

Apa lagi yang perlu anda tahu?

Suzuki Jimny terbukti sangat laris dengan trend semasa yang mengganggu bekalannya. Ia sudah habis dijual di negara seperti Thailand, 5 tahun giliran menunggu di Indonesia dan harga terpakai yang lebih tinggi dari harga baru di Australia.

Adakah anda bakal menjadi pembeli bertuah untuk model ini?

Bacaan Lanjut:

Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia

Terlalu ramai permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda