window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini!

Haris · Oct 2, 2021 04:00 PM

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 01

Suzuki Jimny membangkitkan perdebatan pada harga RM 168,900 dengan spesifikasi yang agak asas. Perdebatan yang berlaku dalam kalangan marhaen dan fakir tersebut nampaknya tidak sampai ke telinga kayangan. Dengan 50 unit telah habis ditempah pada hari pertama. Tentunya nilai sebenar Suzuki Jimny ini berada pada faktor bukan spesifikasi.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 02

Suzuki Jimny yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun adalah model kedua dalam gelombang kebangkitan kereta Suzuki di Malaysia. Berbekalkan jaringan pengedar Naza yang berpengalaman dalam menjual kenderaan mewah, tidak hairanlah jika Suzuki Jimny dan Suzuki Swift Sport 2021 (ZC33S) menjadi pilihan Naza Eastern Motors.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 01

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 02

Berikut adalah perbandingan Suzuki Jimny dengan Perodua Myvi, yang tentunya menambah minyak ke dalam api perdebatan harganya. Dengan ruang yang ditawarkan, SUV segmen A ini berharga sehingga 3 buah Myvi!

Perbandingan Dimensi
Model Suzuki Jimny Perodua Myvi
Panjang 3,480 mm 3,895 mm
Lebar 1,645 mm 1,735 mm
Tinggi 1,720 mm 1,515 mm
Jarak Roda 2,250 mm 2,500 mm

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 03

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 04

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 05

Pada bahagian luar, Suzuki Jimny 2021 memberikan rasa yang tegap dengan bentuk badan berkotak. Segala-galanya ringkas dan geometri bagi Suzuki Jimny namun nisbah rekaan dikekalkan dengan baik justeru memberikan penampilan yang sangat menarik. 

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 06

Kinetic Yellow

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 07

Jungle Green

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 08

Bluish Black

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 09

Medium Grey

4 warna yang ditawarkan untuk model Suzuki Jimny 2021 adalah Kinetic Yellow, Chiffon Ivory Metallic, Medium Gray dan Bluish Black Pearl. Ya, keempat-empat warna yang dipaparkan ini sudah mempunyai pemiliknya. Antaranya adalah seorang kerabat sebuah negeri.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 10

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 11

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 12

Suzuki Jimny mempunyai 'longkang' di bumbung untuk saliran air hujan yang lebih efisien dari Lembah Klang

Antara ciri kelengkapan Suzuki Jimny adalah lampu depan projektor LED (dengan pembersih lampu), rim 15-inci dan rel titisan air.

Rel tersebut berfungsi seperti longkang bagi mengelakkan air hujan jatuh ke atas penumpang semasa masuk atau keluar dari Suzuki Jimny. Menarik bukan?

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 13

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 14

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 15

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 16

Perincian 'mewah' dan praktikal juga tidak hanya tertumpu pada bahagian luar. Melangkah ke dalam kabin, segalanya dipenuhi dengan plastik keras dengan kerusi kemasan fabrik. Ia mungkin nampak 'murah' tapi sebenarnya ia adalah pilihan tepat bagi mereka yang gemar melakukan rekreasi dengan trak pikap 4x4.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 17

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 18

Dinding besi pada bahagian pintu

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 19

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 20

2 beg udara, 2 pembesar suara dan 5 buah tayar mungkin menggambarkan sebuah kenderaan asas tetapi ia juga mampu menggambarkan spesifikasi Suzuki Jimny 2022 ini. Paparan infotainment skrin sesentuh 7-inci turut dilengkapi dengan fungsi Apple CarPlay.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 21

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 22

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 23

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 24

Bagi tujuan perbandingan sesama marhaen, but belakang berkapasiti 85 liter secara standard manakala 377 liter apabila kerusi dilipat. Namun bagi mereka yang berkemampuan, setiap kereta ada tujuannya. Bagi marhaen, setiap tujuan ada satu sahaja keretanya.  

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 25

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 26

Pilihan trenkuasa untuk Suzuki Jimny 2021 adalah enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi (102 PS130 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Di samping itu, mod pemanduan 4WD separa penuh juga dilengkapi pada Suzuki Jimny 2021 bagi penggemar pacuan 4 roda.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 27

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 28

Pemegang bagi penumpang ketika melakukan aktiviti off-road

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 29

Kelajuan maksimum yang didakwa adalah pada 140 km/j. Bagi aspek penggunaan bahan api, Suzuki mendakwa Jimny kadar penggunaan adalah sekitar 6.8 liter / 100 km, dengan tangki minyak berkapasiti 40 liter.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 30

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 31

Dibina di atas casis ladder-frame, Suzuki Jimny menerima sistem gantungan pegas gegelung (coil spring), dan ia juga dilengkapi dengan sistem 4WD sambilan AllGrip dari Suzuki untuk penggunaan di jalan yang lebih mencabar.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 32

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 33

Brek LSD

Terdapat juga kawalan penahanan dan penurunan bukit, serta kawalan brek daya cengkaman LSD. Fungsi ini sangat berguna untuk mengeluarkan Suzuki Jimny dari jalan berlumpur. Rajah di atas menunjukkan sistem operasinya.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 34

Bagi mereka yang berminat, ini adalah sedikit sebanyak angka yang mampu dilakukan oleh Suzuki Jimny 2021:

Kebolahan off-road Suzuki Jimny 2021
Metrik Ukuran
Sudut Berlepas 49°
Sudut Maksimum di Puncak 28°
Sudut Pendekatan 37°
Jarak Kelegaan Tanah 210 mm

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 35

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 36

Tiada bantuan sistem ADAS di sini, tetapi masih mempunyai sistem brek anti-kunci (ABS) dan program kestabilan elektronik (ESP). Sekurang-kurangnya kawalan pelayaran (jenis biasa) tetap ditawarkan sebagai ciri standard.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 37

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 38

Suzuki Jimny tampil dengan jaminan 3 tahun / 100,000 km yang tentunya lebih baik daripada mana-mana model recond. Malah, boleh dikatakan ini adalah pilihan yang jauh lebih dipercayai daripada pengedar recond.

Baca: Suzuki Jimny di Indonesia – tempoh menunggu mencecah 5 tahun?

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 39

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 40

Dan inilah apa yang membawa kepada harga RM 168,900 sebagai harga terbaik untuk model ini. Ia mempunyai keupayaan off-road yang bagus di samping rekaan yang ikonik. Jika anda benar-benar mahukan sebuah model yang menarik seperti Jimny, pilihan seterusnya adalah G-Wagon yang berharga dari RM 1.3 juta.

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 41

Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini! 42

Mengatakan bahawa SUV segmen A ini mahal, permainan orang kaya dan sebagainya adalah sekadar melihat dari lubang straw. Selain dari aspek spesifikasi, Suzuki Jimny sememangnya berbaloi pada harga RM 168,900. Adakah 45 gambar ini telah mengubah persepsi anda?

Baca: Lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 habis ditempah, kini tunggu penghantaran baru dari Jepun!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda