window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat?

Faisal · Aug 3, 2021 05:00 PM

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat? 01

Pengedar baru Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motor, nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan Suzuki Jimny 2021 dalam masa yang terdekat.

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat? 02

Kalau anda lihat, sebuah Suzuki Jimny berwarna Jungle Green diletakkan bersebelahan dengan Suzuki Swift Sport 2021 yang telahpun dilancarkan pada April yang lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSuzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900!

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat? 01

Pada bulan Mei yang lalu, syarikat itu telahpun sahkan bahawa mereka akan melancarkan Suzuki Jimny 2021 sekitar bulan Ogos. Jadi, tak hairan la kan?

Juga bacaSuzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu?

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat? 02

Dari segi teknikal, Suzuki Jimny generasi keempat dengan kod nama JB74W dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L aspirasi natural (102 PS, 130 Nm tork) yang dipadankan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan. Untuk maklumat anda, pasaran kita hanya akan ditawarkan dengan transmisi automatik.

Juga bacaTerlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita?

Suzuki Jimny 2021 diintip di Naza, pelancaran di Malaysia sudah dekat? 03

Apapun, pengumuman harga Suzuki Jimny oleh Naza nanti mungkin boleh buatkan anda terkejut. Untuk pengetahuan anda, pengedar kereta recond di Malaysia sejak tahun 2019 mula menjual Suzuki Jimny tetapi dengan harga sekitar RM 160k ke RM 200k. Jadi, adakah harga rasminya berada dalam julat itu? Sama-sama kita nantikan.

Kredit gambar: Sharum Naza Auto

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Suzuki Swift International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda