Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k!

Haris · Sep 30, 2021 11:15 AM

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 01

Naza Eastern Motors, pengedar kereta Suzuki di Malaysia dengan bangganya telah melancarkan Suzuki Jimny 2021. Pelancaran ini merupakan model kedua Naza Eastern Motors selepas melancarkan Suzuki Swift Sport 2021 ZC33S beberapa bulan lalu.

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 02

Dibawakan sepenuhnya dari Jepun (CBU), Suzuki Jimny mendominasi satu segmen kecil di Malaysia. Oleh itu, harganya juga tentulah dominan. Namun, itu semua tidak menghalang Naza Eastern Motors untuk menerima sehingga 30 unit tempahan untuk Suzuki Jimny.

Baca: Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita?

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 01

Pilihan trenkuasa untuk Suzuki Jimny 2021 adalah enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi (102 PS, 130 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Di samping itu, mod pemanduan 4WD separa penuh juga dilengkapi pada Suzuki Jimny 2021 bagi penggemar pacuan 4 roda.

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 02

Pada bahagian luar, Suzuki Jimny 2021 memberikan rasa yang tegap dengan bentuk badan berkotak. Segala-galanya ringkas dan geometri bagi Suzuki Jimny namun nisbah rekaan dikekalkan dengan baik justeru memberikan penampilan yang sangat menarik. 

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 03

Kelengkapan standard untuk Suzuki Jimny adalah lampu hadapan LED, lampu DRL siang dan rim 15-inci aloi untuk pasaran Malaysia. Kedengaran sedikit namun Suzuki Jimny mampu kelihatan kemas bergaya dengan apa adanya. Malah, rekaannya mungkin sekali tarikan utama SUV ini sehingga mampu memacu harganya menjadi kayangan.

Baca: Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu?

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 04

Bergerak ke bahagian kabin dalaman pula, sistem infotainment 7-inci lengkap dengan pautan Apple Carplay dan Android Auto, penyaman udara automatik serta disudahi dengan kemasan fabrik/kulit untuk tempat duduk. Bahagian badan lain menggunakan plastik pada bahagian seperti stereng dan pintu untuk ketahanan penggunaan.

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 05

Pakej keselamatan standard Suzuki Jimny 2021 terdiri daripada brek ABS dengan EBD, ESC, 2 beg udara dan kamera pandang belakang. Suzuki Jimny 2021 tidak menawarkan sebarang pakej bantuan pemandu ADAS atas alasan ianya tidak disesuaikan untuk pemanduan tempatan.

Warna yang ditawarkan untuk model Suzuki Jimny 2021 adalah Kinetic Yellow, Chiffon Ivory Metallic, Medium Gray dan Bluish Black Pearl.

Suzuki Jimny 2021 rasmi di Malaysia - enjin 1.5L, 4WD, harga dari RM 169k! 06

Sebagai ‘raja’ SUV segmen A, Suzuki Jimny 2021 ini memberikan nilai kepada wang yang sangat baik untuk peminat model ini. Ia tampil dengan jaminan 3 tahun / 100,000 km yang tentunya lebih baik daripada mana-mana model recond. Pada harga RM 168,900 (tanpa insurans, termasuk 50% diskaun SST), Suzuki Jimny 2021 yang rasmi di Malaysia adalah pelaburan terbaik untuk sebuah kenderaan yang unik sepertinya!

Baca: Suzuki Jimny adalah raja SUV segmen A - walaupun mahal, tapi paling laris di kelasnya!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru