window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Jimny 5 PINTU akan diperkenal pada 2023, ikon offroad kompak versi jarak roda panjang?

Faisal · Dec 14, 2022 01:00 PM

Suzuki Jimny 5 PINTU akan diperkenal pada 2023, ikon offroad kompak versi jarak roda panjang? 01

Seperti yang anda tahu, Suzuki Jimny hanya datang dengan konfigurasi 2 pintu. Tetapi berdasarkan sumber terbaru dari Autocar India, versi 5 pintu akan diperkenalkan pada tahun 2023.

Suzuki Jimny 5 PINTU akan diperkenal pada 2023, ikon offroad kompak versi jarak roda panjang? 02

Intipan yang pernah kelihatan.

Untuk pengetahuan anda, Maruti Suzuki akan melancarkan dua produk baharu dalam pameran Auto Expo 2023 nanti. Ia yang akan berlangsung bermula 11 Januari di New Delhi, India.

Suzuki Jimny 5 PINTU akan diperkenal pada 2023, ikon offroad kompak versi jarak roda panjang? 03

Lakaran dari Autocar India.

Dua model yang disebutkan itu adalah Suzuki Jimny 5 pintu dan sebuah crossover coupe yang berasaskan Suzuki Baleno. Apapun, Jimny 5 pintu akan tembus pasaran mereka pada Ogos 2023. Antara sebab kenapa ia agak lewat adalah kerana bulan Ogos lebih dekat dengan musim hujan dan Maruti Suzuki hendak mengetengahkan kebolehan kereta offroad ini. Bagi anda yang belum tahu, pengguna di India pada musim itu akan membuat pelbagai aktiviti offroad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaTak mampu beli Suzuki Jimny idaman pun tak apa, dapat kotak tisu pun cukuplah!

Suzuki Jimny 5 PINTU akan diperkenal pada 2023, ikon offroad kompak versi jarak roda panjang? 01

Dari segi nadi, Jimny 5 pintu dijangka mengekalkan penggunaan enjin 1.5L NA K15B yang menghembuskan 103 PS dan 130 Nm tork. Pilihan transmisi pula adalah automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan. Jadi, untuk anda yang terfikir bagaimanalah rupanya Jimny 5 pintu yang sebenar nanti, ikuti perkembangan dari kami dalam masa terdekat.

Juga bacaSuzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?

Sumber foto: Autofun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda